berminat? cuba klik disini..

Saturday, October 31, 2009

Hairan Sungguh...

7 PERKARA YG MENGHAIRANKAN:

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.


-Usman bin Affan-

Saturday, October 24, 2009

~..::Saat-Saat Bahagia::..~

Bila diri keseorangan, sering memikirkan masa depan yang masih kabur. Penantian yang tidak tahu bila kesudahannya, akhirnya menampakkan hasil. AlhamduliLLah saya rafa'kan ke hadrat Allah Taala kerana mengurniakan 'Qurratul Ain' kepada hambamu ini.

Saat bila satu-satu hubungan di restui keluarga, maka tiadalah yang diharapkan lagi melainkan RedhaMu ya Allah. Hanya padaMu ku mengharapkan petunjuk dan hidayah. Tiada yang pasti melainkan janji-janji yang telah Kau taburkan didalam ayat-ayat Mu, "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

Moga dengan ikatan yang sedia ada ini dapat berkekalan hingga ke akhirat.


Alunan puisi rindu
Yang berlagu di hatimu
Membisikkan rasa sayu
Bait-bait kesepian
Meronakan keresahan
Dambakan seorang teman.

Tika asyik dalam lena
Di hamparan taman syurga
Impianmu menjadi nyata
Dari rusukmu sendiri
Hawa kurniaan Illahi

Tersedar Adam disentuh cinta
Bagai bermimpi tidak percaya

Siapakah gerangan sesuci kejadian
Adam aju pertanyaan
Ku adalah milikimu meraikan fitrahmu
Jawapan Hawa tersipu

Gembira jiwa tidak terhingga
Alhamdulillah

Namun akalmu terhakis
Diracun hasutan iblis
Musuh insan terwaris
Pohon yang jadi larangan
Buahnya jadi santapan
Terbukalah keaiban
Kesalnya atas keterlanjuran
Taubat dipohon kehadrat Illahi

Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Andainya kau tak memaafi
Dan juga merahmati kami
Maka jadilah kami
Kalangan orang yang rugi

Ampunkan kami
Kesalahan kami
Nastagfirullah

Adam dan Hawa
Tersingkir ke dunia
Hukuman penebus dosa
Hawa di timur
Adam di barat
Terpisah jauh berdekad

Akhirnya cinta bertaut semula
Di tanah tandus Arafah
Berkat pengorbanan juga keimanan
Bersemi kasih ke Syurga

Tersingkir bukan hanya kifarah
Tapi permulaan kisah khilafah

..::Senang difikir tapi susah nak buat::..

Assalamualaikum...
Baru sekarang ada masa untuk mengadap komputer. Sejak duk kat negara sendiri, semakin sibuk pula. Ucapan raya pun tak sempat nak bagi kat sahabat semua. Maaf banyak-banyak...

Saya sempat raya seminggu jer...pastu kena lapor diri kat Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas untuk menjadi tenaga pengajar di sana. Masuk-masuk jer saya terus ditawarkan untuk menjadi warden di sana. Alamak...jaga budak-budak... letih ni. Tapi, nk buat macam mana... awal-awal kerja ni orang kata jangan memilih sangat. Terima jer ape yang diberi. Pastu pandai-pandai la orang atasan nak nilai macam mana.

Menjadi PENGAJAR itu senang... tetapi untuk menjadi seorang PENDIDIK itu tidak semudah yang di fikirkan. Sebagai seorang pendidik, kita bukan hanya mengajar pelajar tentang ilmu-ilmu sahaja... akan tetapi, kita juga bertanggungjawab untuk membina sahsiah peribadi dalam diri pelajar. Kita ajar mereka tentang adab-adab pergaulan supaya mereka dapat hidup bersama masyarakat dengan kehidupan islam yang sebenar.

Ape yang penting bagi seorang pendidik itu adalah ikhlas dalam mendidik para pelajar. Ikhlas adalah antara sebab penerimaan pelajar terhadap nasihat yang diberi oleh ustaz-ustaz. Jika diri ikhlas untuk mendidik, pelajar akan mudah menerima nasihat kita.

Semua itu perlu dititikberat oleh semua orang yang bakal menjadi pendidik kelak. Jangan mengajar kerana nak cari duit, tapi ajarlah dengan ikhlas kerana Allah. InsyaAllah, rezeki itu akan datang juga bagi sesiapa yang ikhlas untuk membantu membina masyarakat islam.

berminat? cuba klik disini..