berminat? cuba klik disini..

Showing posts with label Muslimah Solehah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah Solehah. Show all posts

Sunday, June 7, 2009

..::Sajak~G.A.D.I.S::..


Gadisku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok
menghiasi taman-taman indah
lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga,
harum aromamu bias menarik sang kumbang
untuk mendekatimu.

Namun...
tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri,
umpama mawar merah,
dari jauh sudah terhidu keharumannya.
Penahan warnanya yg terserlah indah
mengundang kekaguman kepada sang kumbang
berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan MALU YG BERTUNJANGKAN
KEIMANAN DAN KEINDAHAN
TAKWA KEPADA ALLAH...HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.
INGATlAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH
DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.
Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga
jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,
umpama sebutir permata yg didedahkan
untuk perhatian umum dengan suatu permata yg
diletakkan dalam bekas tertutup.
Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk
melihat sesuatu yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.

WANITA SOLEHAH yg patuh dan taat
kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.
Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah
yg tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg
bersarang dalam dirimu.
Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki,
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
Namun ingatlah gadisku...
sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan
jalan-jalan baginya ke arah itu.
Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.
Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,
maka sudah tidak ada perisai yg dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu
"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,yg lebih bermaharajalela selepas
wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita."
Oleh itu gadisku,
setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah.
Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk
kepentingan tertentu.
Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan
mujahidah yg bakal menggocang dunia dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insan,
namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....
bercinta tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.
Ini adalah kerana,
KERANA CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.
Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,
"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan
perkara yg hak dan batil,jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar
nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAH SWT.
Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.
Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat
kejadianmu yg begitu simbolik.
Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,
lalu mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.
Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan
terhadap ALLAH dan dgn itu,akan timbul
CINTA DAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK
ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI
seindah hiasan adalah Wanita Solehah

Monday, May 25, 2009

..::Kenapa Wanita Mesti Menutup Aurat?::..

Firman Allah Taala:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:59)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).

Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa.
Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:


“Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik.” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “…karena itu mereka tidak di ganggu”….
Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu ‘show’ yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk ‘mendapatkan’ wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.

Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat). (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “…supaya mereka lebih mudah untuk dikenal…”.
Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit.
Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda. Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Renungan:

Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian ‘haram’ yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya), maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah…


Buat Lelaki:

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (24:30)

Buat Wanita:

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada mahramnya… (24:31)

Tuesday, May 19, 2009

~...Wanita Oh Wanita...~


Jangan suka mendedah tubuh
Jadilah seperti jagung,
Jangan seperti gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak,
Sedangkan gajus mempamerkan
Bijinya yang cuma satu.

Setia terhadap pasangan
Jadilah seperti pohon pisang.
Pohon pisang kalau berbuah
Hanya sekali seumur hidupnya.

Kecantikan dalaman
Jadilah seperti durian,
Jangan seperti kedondong.
Durian walaupun di luarnya
Penuh kulit yang tajam,
Tetapi di dalamnya lembut dan manis.
Berbeza dengan kedondong,
Di luarnya mulus dan berkilat,
Tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.

Jaga kesucian dalam pergaulan
Jadilah seperti sengkuang.
Walaupun hidup dalam tanah dan selut,
Tetapi umbinya tetap putih bersih.

Saturday, May 16, 2009

~...AKHAWAT SEJATI...~


Seorang akhwat sejati bukanlah dilihat
dari kecantikan paras wajahnya, tetapi
dilihat dari kecantikan hati yang ada
di baliknya..

Akhwat sejati bukan dilihat
dari bentuk tubuhnya yang mempesona,
tetapi dilihat dari sejauh mana ia
menutupi bentuk tubuhnya..

Akhwat sejati
bukan dilihat dari begitu banyaknya
kebaikan yang ia berikan tetapi dari
keikhlasan ia memberikan kebaikan itu..

Akhwat sejati bukan dilihat dari
seberapa indah lantunan suaranya,
tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya
bicarakan...

Akhwat sejati bukan dilihat
dari keahliannya berbahasa, tetapi
dilihat dari bagaimana caranya ia
berbicara...

Akhwat sejati bukan dilihat dari
keberaniannya dalam berpakaian tetapi
dilihat dari sejauh mana ia berani
mempertahankan kehormatannya...

Akhwat sejati bukan dilihat dari
kekhuatirannya digoda orang di jalan
tetapi dilihat dari kekhuatiran
dirinyalah yang mengundang orang jadi
tergoda...

Akhwat sejati bukanlah dilihat
dari seberapa banyak dan besarnya ujian
yang ia jalani tetapi dilihat dari
sejauhmana ia menghadapi ujian itu
dengan penuh rasa syukur...

Akhwat sejati bukan dilihat dari sifat
ramahnya dalam bergaul, tetapi dilihat
dari sejauhmana ia bisa menjaga
kehormatan dirinya dalam pergaulan...

Siapakah yang dapat menjadi kriteria
seperti itu???

Pelajarilah tentang mereka
merekalah ISTERI RASULULLAH S.A.W

berminat? cuba klik disini..