berminat? cuba klik disini..

Wednesday, December 16, 2009

..::Buat Sahabat Penghafaz Al-Quran::..

kiriman dari sahabat said hawwa

Sahabatku para penghafal al-Quran.
Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut… Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran. Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..
Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah (cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud. Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran. Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..

Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah. Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.

Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah. Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.

Uhibbuka Fillah
Barakallahu fikum…

Friday, December 4, 2009

Oh.. sahabat~

Sahabat...
Berjanjilah pada diri ini agar dirimu berjuang di medan ini,
Membawa kemanisan iman, cinta dan jihad abadi,
Lalu mengukir sebuah dakwah untuk menghidupkan Deen Ilahi,
Biar dirimu mati dalam perjuangan, kerana kau Islam sejati,
Biar rebah jasadmu, kerana kau syahid insani,
Biar puas sanubari, kerana cintamu telah terbukti,
Dan kau masih berdiri dengan memandang ummah,
Walaupun langkah dan nafasmu kadangkala lemah,
Menanti setiap seru pejuang Allah,
Mengikat ukhuwah,
Lantas membawa pulang fisabiliLLah.

Wednesday, November 18, 2009

1 lawan 250 ::: Korban

Zuup....Zaap.... Streeett... taaaap!!!
Begitulah lebih kurang bunyinya bila saya periksa kertas soalan. Anggaran dalam 250 helai kertas kena periksa..!! Boleh kata lenguh juga la tangan ni. kalau ada orang boleh urut, kan best..~ ^_^
Satu hari saya bajet dalam 60 helai kertas periksa, tu pun kira bengkak dah jari. Bayangkan, satu helai kertas kena ambik masa dalam 5,6 minit nak cek. Pening kepala ni haa @.@
Cadangnya nak habiskan semua sekali sebelum hari sabtu ni, sebab hari tu ada 'program' skit kat Machang dan tempat-tempat lain..hehe. InsyaAllah~

Memandangkan hari raya korban dah nak dekat, ucapan selamat hari raya korban ditujukan buat semua penduduk bumi yang beragama ISLAM. Moga dengan kedatangan hari raya korban kali ini dapat mengingatkan kita kembali tentang peristiwa yang telah berlaku pada zaman Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s . Pengorbanan yang telah nabi Ibrahim lakukan, dengan mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail. Akan tetapi berkat keSABARan Nabi Ismail dan pengorbanannya dalam Islam semata-mata kerana Allah, digantikannya dengan seekor unta. Rentetan dari peristiwa itulah, ibadah korban ini menjadi satu kepastian dalam kehidupan Islam sekarang..

Berkorbanlah apa saja untuk ISLAM
Harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia

Saturday, October 31, 2009

Hairan Sungguh...

7 PERKARA YG MENGHAIRANKAN:

1). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4). Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5). Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7). Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.


-Usman bin Affan-

Saturday, October 24, 2009

~..::Saat-Saat Bahagia::..~

Bila diri keseorangan, sering memikirkan masa depan yang masih kabur. Penantian yang tidak tahu bila kesudahannya, akhirnya menampakkan hasil. AlhamduliLLah saya rafa'kan ke hadrat Allah Taala kerana mengurniakan 'Qurratul Ain' kepada hambamu ini.

Saat bila satu-satu hubungan di restui keluarga, maka tiadalah yang diharapkan lagi melainkan RedhaMu ya Allah. Hanya padaMu ku mengharapkan petunjuk dan hidayah. Tiada yang pasti melainkan janji-janji yang telah Kau taburkan didalam ayat-ayat Mu, "Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik".

Moga dengan ikatan yang sedia ada ini dapat berkekalan hingga ke akhirat.


Alunan puisi rindu
Yang berlagu di hatimu
Membisikkan rasa sayu
Bait-bait kesepian
Meronakan keresahan
Dambakan seorang teman.

Tika asyik dalam lena
Di hamparan taman syurga
Impianmu menjadi nyata
Dari rusukmu sendiri
Hawa kurniaan Illahi

Tersedar Adam disentuh cinta
Bagai bermimpi tidak percaya

Siapakah gerangan sesuci kejadian
Adam aju pertanyaan
Ku adalah milikimu meraikan fitrahmu
Jawapan Hawa tersipu

Gembira jiwa tidak terhingga
Alhamdulillah

Namun akalmu terhakis
Diracun hasutan iblis
Musuh insan terwaris
Pohon yang jadi larangan
Buahnya jadi santapan
Terbukalah keaiban
Kesalnya atas keterlanjuran
Taubat dipohon kehadrat Illahi

Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Andainya kau tak memaafi
Dan juga merahmati kami
Maka jadilah kami
Kalangan orang yang rugi

Ampunkan kami
Kesalahan kami
Nastagfirullah

Adam dan Hawa
Tersingkir ke dunia
Hukuman penebus dosa
Hawa di timur
Adam di barat
Terpisah jauh berdekad

Akhirnya cinta bertaut semula
Di tanah tandus Arafah
Berkat pengorbanan juga keimanan
Bersemi kasih ke Syurga

Tersingkir bukan hanya kifarah
Tapi permulaan kisah khilafah

..::Senang difikir tapi susah nak buat::..

Assalamualaikum...
Baru sekarang ada masa untuk mengadap komputer. Sejak duk kat negara sendiri, semakin sibuk pula. Ucapan raya pun tak sempat nak bagi kat sahabat semua. Maaf banyak-banyak...

Saya sempat raya seminggu jer...pastu kena lapor diri kat Maahad Tahfiz Sains Kok Lanas untuk menjadi tenaga pengajar di sana. Masuk-masuk jer saya terus ditawarkan untuk menjadi warden di sana. Alamak...jaga budak-budak... letih ni. Tapi, nk buat macam mana... awal-awal kerja ni orang kata jangan memilih sangat. Terima jer ape yang diberi. Pastu pandai-pandai la orang atasan nak nilai macam mana.

Menjadi PENGAJAR itu senang... tetapi untuk menjadi seorang PENDIDIK itu tidak semudah yang di fikirkan. Sebagai seorang pendidik, kita bukan hanya mengajar pelajar tentang ilmu-ilmu sahaja... akan tetapi, kita juga bertanggungjawab untuk membina sahsiah peribadi dalam diri pelajar. Kita ajar mereka tentang adab-adab pergaulan supaya mereka dapat hidup bersama masyarakat dengan kehidupan islam yang sebenar.

Ape yang penting bagi seorang pendidik itu adalah ikhlas dalam mendidik para pelajar. Ikhlas adalah antara sebab penerimaan pelajar terhadap nasihat yang diberi oleh ustaz-ustaz. Jika diri ikhlas untuk mendidik, pelajar akan mudah menerima nasihat kita.

Semua itu perlu dititikberat oleh semua orang yang bakal menjadi pendidik kelak. Jangan mengajar kerana nak cari duit, tapi ajarlah dengan ikhlas kerana Allah. InsyaAllah, rezeki itu akan datang juga bagi sesiapa yang ikhlas untuk membantu membina masyarakat islam.

Wednesday, September 16, 2009

Syawal kian menjelma tak lama lagi..

Ramadhan kian berlalu pergi, Syawal menjelma tak lama lagi..
Kelihatan orang ramai berpusu-pusu menuju ke kedai-kedai kain untuk membeli pakaian raya. Seronok sekali suasana hari raya di Malaysia. Kemeriahan hari raya sudah mula terasa bila masuknya Ramadhan. Pelik, tapi benar. Warga Malaysia lebih suka menyambut bulan syawal berbanding ramadhan. Jauh berbeza dengan warga arab. Mereka lebih suka menyambut ramadhan. Bila datangnya syawal, mereka hanya solat hari raya... lepas tu kehidupan mereka berjalan seperti sediakala. Sempoi kan? ^_^

Malam ni 27 ramadhan, merupakan antara hari yang masyhur di kalangan ulamak dalam turunnya A-Qadar. Lailatul Qadar merupakan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ganjaran bagi mereka yang beribadat pada malam itu akan dilipat kali ganda banyaknya. Beruntunglah bagi sesiapa yang berjumpa dengan malam al-qadar ini. Dosa-dosa mereka yang lalu akan di ampunkan oleh Allah taala. Sangat rugilah jika kita tidak merebut peluang yang ada ini untuk bersama-sama mengabdikan diri kepadaNya kerana kita tidak tahu adakah kita akan berjumpa lagi ramadhan pada tahun depan atau tidak.

Friday, September 4, 2009

..::Pergi Tak Kembali::..

Bila diri keseorangan, mulalah rindukan orang jauh...
Fikiran sudah tidak berapa stabil sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana sibuk menguruskan sijil Shoubra. Atau mungkin kerana memikirkan tempoh masa yang tinggal untuk berada di Mesir.

3 tahun menimba ilmu di Mesir, terasa begitu singkat. Dalam hati ini masih terasa berat untuk meninggalkan bumi anbiyak. Kisah suka duka dalam menempuhi ranjau kehidupan di bumi ini tidak dapat dilupakan. Aksi saya jatuh ketika menaiki bas, begitu lucu bila di fikirkan kembali. Mandi di pantai yang tercantik di dunia (ajiba) masih segar dalam kotak memori. Semuanya menjadi kenangan yang terindah.

Tanggal 7 haribulan september 2009, saya akan berangkat pulang ke Malaysia. Minta doa dari semua sahabat moga perjalanan saya pulang ke tanah air selamat semuanya.

Ramadhan kareem~
Kullu 'am wa antum bikhoir~

Saturday, August 29, 2009

..::Kawan::..

Semalam kita jadi kawan
Kerana kenangan silam

Hari ini kita masih berkawan
Kerana janji semalam

Esok kita akan terus berkawan
Kerana hari ini kita saling mendoakan

Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan
Kerana esok kita ada azam

tapi, andai esok tiada lagi
Kita tetap kawan

Kawan selamanya dalam kenangan


dipetik dari emel sahabat

Tuesday, August 25, 2009

..::Rindu Pada Yang Tersayang::..

Datangnya bulan ramadhan, bazar-bazar menjadi tumpuan. Beraneka jenis kuih-muih dijual di gerai ramadhan. Sehinggakan mata ni buta untuk memilih yang mana satu dapat memenuhi kehendak nafsu perut. Tapi, sesedap mana pun kuih dan makanan di bazar, sedap lagi masakan seorang bergelar IBU.

Sudah lama saya tidak merasa masakan dari air tangan ibu. Masakannya walaupun nampak simple, tapi air tangan itu yang membezakannya dengan mana-mana makanan. Semacam ada perencah lain yang ada kat tangan ibu.

Ibu memasak dengan penuh kasih sayang, mengharapkan seorang anaknya makan dengan kenyang dan dapat hidup dengan sihat.
Ibu sanggup membeli barang-barang masakan walaupun jauh, tapi demi perut anaknya ibu sanggup berjalan.
Ibu tidak mengharapkan anaknya memberi upah, walaupun tangannya sudah banyak kali terkena percikan minyak panas.
Luka itu sembuh dengan cepat bila melihat anaknya makan masakannya dengan berselera.
Ibu tidak mengharapkan sedikit pun pujian dari mulut anaknya, cukuplah bunyi sendawa yang menjadi tanda.

Ibu berbangga kalau masakannya habis di makan oleh anak-anaknya, walaupun ibu sendiri tidak makan.
Perut ibu kenyang jika perut anak-anaknya kenyang.
Walaupun sudah penat memasak, ibu masih lagi gagah membasuh pinggan mangkuk anak-anaknya.
Masih lagi ada kekuatan untuk melayan ragam anak-anaknya.

Begitu tinggi pengorbanan seorang yang bergelar IBU. Dihati ibu hanya mengharapkan anaknya dapat hidup senang lenang tanpa lapar dan dahaga. Tapi, apa balasan kita terhadapnya? Kenangkan kembali zaman kita yang masih kanak-kanak, moga dapat melahirkan sedikit keinsafan. Mohonlah kemaafan dari ibu dan ayah andai masih ada kesempatan.

Saturday, August 22, 2009

..::Harapan Ramadhan::..




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Album : Maafkan
Munsyid : Raihan

Thursday, August 20, 2009

..::Marhaban Ya Ramadhan::..


Ramdhan yang sama, tapi natijahnya berlainan.
Ramadhan membawa rahmat dan keberkatan kepada seluruh umat manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Diwajibkan keatas kita untuk berpuasa bagi memenuhi tuntutan syariat. Firman Allah Taala: "Telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat-umat terdahulu sebelum kamu..". Satu-satunya bulan yang mempunyai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Turunnya Al-Quran pada bulan ramadhan.

Banyak lagi kalau nak disebutkan tentang kelebihan di bulan ramadhan. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun jika datangnya bulan ramadhan, masjid-masjid akan menyebut tentang kelebihan bulan ramadhan. Tetapi apa gunanya jika kita mengharapkan kelebihan-kelebihan itu tapi tidak berusaha untuk mendapatkannya.

Suasana sambutan bulan ramadhan di mesir berlainan sekali dengan Malaysia. Seminggu sebelum menjelang ramadhan, saya sudah dapat merasai aura ramadhan. Kain rentang di gantung di setiap jalan (marhaban ya ramadhan). Di pasangnya lampu klip-klip pada setiap rumah orang-orang islam. Sungguh meriah sekali. Inilah kali kedua saya berpuasa disini, begitu asyik sekali. Tak sabar rasanya nak tunggu solat terawih malam ni bersama imam ala-ala sudais. Bersyukur kepada Allah Taala kerana diberi peluang kedua untuk berpuasa di mesir. Moga ramadhan kali ini dapat membawa seribu kenangan terindah buat diriku...

~MaRhAbAn Ya RaMaDhAn~

Tuesday, August 18, 2009

Stress..!! Tension..!! Tertekan..!!


Assignment yang berlambak? Exam dah dekat? Masalah bertimbun? Bergaduh dengan kawan?
Perkara-perkara sebegini lazimnya akan membuatkan anda rasa tertekan, stress, tension dan yang sama waktu dengannya. Apa yang menjadi persoalan kepada saya, adakah tekanan itu satu benda yang baik atau tidak? positif atau negatif?

Ramai yang mengatakan bahawa tekanan itu adalah satu benda yang negatif, boleh memudaratkan kesihatan. Jika dibiarkan berlarutan, akan membawa padah kepada diri. Bila tertekan, badan akan jadi layu, lemah, dan tidak bersemangat. Keadaan sebegini akan menyebabkan tubuh badan mudah mendapat penyakit seperti pening kepala, sesak nafas, hilang selera makan, susah nak tidur dan mungkin boleh menyebabkan pitam. Kebiasaannya, tekanan ini terjadi kepada golongan pelajar. Mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja yang diberikan oleh guru-guru dan pensyarah. Hal ini akan membuatkan pelajar tesebut mula berfikiran negatif dan akan bertindak di luar kawalan jika tidak di atasi dengan betul.

Sebenarnya, tekanan ini terjadi adalah disebabkan oleh jadual kehidupan yang tidak teratur dan cara hidup yang tidak sihat. Pelajar biasanya membuat kerja mengikut mood. Bila ada mood, baru nak buat kerja. Bila kerja sudah bertimbun, mulalah tergesa-gesa untuk menyiapkannya. Ada juga pelajar yang suka buat semua kerja yang diberi tanpa memilih yang mana lebih aula (penting) dahulu. Otak manusia tidak mampu berfikir semua perkara dalam satu-satu masa. Fokus kepada yang satu akan membuahkan hasil yang lebih baik dan menarik.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahuLLah ada menyebut: "Tidaklah seseorang itu berakal apabila dia mengetahui akan kebaikan daripada keburukan, tetapi orang yang berakal itu adalah yang tahu akan semua kebaikan dan keburukan...".

**Kenali masalah yang menyebabkan anda mendapat tekanan. Bila sudah tahu dan kenal akan punca tekanan, cuba selesaikannya satu-satu mengikut kepentingan.
**Jangan sesekali membuat semua kerja dalam satu masa.
**Jadikan hidup anda sentiasa dalam keadaan berjadual supaya kesihatan tubuh badan anda terjaga. Akal yang sihat hasil daripada tubuh badan yang sihat.
**Anda perlu sedar bahawa, anda bukan hidup keseorangan. Ramai yang sentiasa mengambil berat tentang diri anda.
**Jika perlu, kongsilah masalah anda dengan kawan-kawan yang anda percaya. Imam Ghazali pernah berkata, kasih sayang itu mampu melembutkan hati dan perasaan.

Apa yang penting, sentiasalah dalam keadaan berwudhuk, kerana wudhuk itu mampu menenangkan jiwa yang kacau. Lazimi membaca Al-Quran dan solat sunat kerana pada kedua-duanya itu ada penawar tekanan perasaan yang tidak dijual pada mana-mana farmasi berhampiran.

Juga dinasihatkan kepada mereka yang selalu menghadapi tekanan perasaan, janganlah anda menganggap tekanan itu sesuatu yang membebankan. Tanpa tekanan, anda tidak mungkin berjaya menghadapi tekanan yang sama pada masa akan datang jika anda tidak mampu menyelesaikannya pada masa sekarang. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. hanya masa yang menentukan..

Wallahu a'lam...

Monday, August 17, 2009

..::Igauan Ngeri::..

Igauan ngeri sering kita kaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang tidak dapat kita lupakan seperti kena langgar, jatuh dari pokok dan macam-macam lagi. Semua itu kita tidak dapat lupakan dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi jika parut hasil dari peristiwa tersebut masih wujud di depan mata.

Bagi golongan wanita, banyak perkara yang boleh manjadikan mereka menganggap peristiwa itu sebagai igauan dan peristiwa hitam dalam hidup mereka. Antara peristiwa yang sering kita dengar adalah putus cinta, ditipu lelaki dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini akan menjadikan mereka fobia untuk berhadapan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.

Apa yang ingin saya highlightkan di sini adalah, tatacara kehidupan seorang wanita itu akan menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan situasi yang akan mereka anggap sebagai peristiwa hitam jika mereka tidak menguruskannya dengan sempurna. Saya bukanlah pakar dalam hal-hal wanita, bukanlah ingin mengata kepada mana-mana pihak, tetapi apa yang saya nampak dan dengar dari mulut-mulut dan pengalaman dari sahabat saya menjadikan saya berfikir tentang ini.

Kebanyakan wanita menganggap diri mereka ada keberanian seperti seorang lelaki. Keluar rumah seorang diri, waktu malam pula. Mereka tidak sedar bahawa serigala jadian sering berkeliaran pada waktu malam. Malam itu gelap, bila gelap banyak perkara yang kita buat orang lain tak nampak. Peratus risiko untuk menghadapi situasi ngeri itu akan meningkat pada waktu malam berbanding pada waktu siang. Jangan bila sudah patah baru hendak melantai (sudah susah, baru nak beringat).

Dinasihatkan kepada golongan wanita, selalulah berteman dimana sahaja anda pergi. Janganlah menganggap diri anda seperti lelaki. Keberanian wanita itu ibarat seperti tikus, menggigit apa sahaja makanan dan benda yang ada di depan mata. Tetapi perlulah berhati-hati kerana dalam diam sang kucing itu bila-bila masa akan menyerang anda dalam keadaan anda tidak sedar.

Wallahu a'lam...

Aku terlepas...

Tanggal 15 ogos 2009, bermulalah satu episod baru dalam kehidupan abang sulungku. Dia telah selamat di ikat (tunang) dengan bakal jodohnya orang Wakaf Bharu, Manja (bukan nama sebenar) yang bakal saya panggil Kak Su. Walaupun sudah terlewat 2 hari untuk menulis tentang ni, tetapi ucapan tahniah kepadanya telah saya beritahu pada hari berkenan.

Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat turut serta dalam majlis pertunangan tersebut kerana keupayaan diri ini untuk pulang ke Malaysia masih tidak dapat di atasi. Tugas-tugas yang tertangguh disini masih banyak tak di selesaikan. Lagipun ia hanyalah majlis pertunangan... kalau majlis kahwin, insyaAllah akan saya usahakan untuk balik juga..hehe.

Apa pun, saya ucapkan sejuta tahniah kepada Abang dan Kak Su yang telah selamat bertunang. Moga jodoh kalian berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Amin ya Robbal 'Alamin.. ^_^


*gambr suasana majlis tidak ada kerana kamera kami sudah rosak....huhu

Sunday, August 16, 2009

Anda BerSALAH Atau Tidak??

Ilmu merupakan satu keperluan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa ilmu, kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Ilmu dapat kita perolehi dimana sahaja tak kira tempat, masa dan juga keadaan. Orang gila pun boleh menjadi tok guru kepada kita jika apa yang dia katakan itu sesuatu yang berilmu dan bermanfaat. Dalam proses mencari ilmu, kita tidak boleh memilih siapa pun yang mengajar kita. Andai dia kanak-kanak sekalipun, kalau dia berilmu, maka kita kena ambil juga manfaat darinya.

Selaras dengan kemajuan teknologi zaman sekarang, proses penyebaran ilmu itu menjadi semakin mudah dan senang. Contoh yang ingin saya katakan disini adalah BLOG. Pemblogger hanya perlu menyiarkan post kedalam blognya, dan orang lain akan membaca dan mengambil manfaat darinya. Kemudahan-kemudahan seperti ini perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Tapi, apa yang saya hairankan di sini, mengapa ramai yang selalu mempertikai tentang gejala copy paste artikel orang lain untuk di muat turun ke dalam post sendiri? Perkara sebegini tidak perlu kita bahaskan kerana penyebaran ilmu itu perlu sentiasa bergerak walaupun ianya sering berulang. Cuba kita fikir, logikkah semua orang memiliki semua alamat pemblogger? Tidak logikkan?Janganlah kita persalahkan gejala copy paste ini kerana ilmu perlu disebarkan dan tidak mengambil kira siapa penulisnya. Masing-masing punya cara tersendiri. Nabi pernah bersabda: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat...".

Bakat tidak datang dengan sendiri, perlu ada step-stepnya.. Bayi yang baru lahir pun asalnya tak pandai berkata-kata. Dia bermula dengan mendengar dahulu, lalu di praktikkan dengan mula menyebut mak ayah, dan begitulah seterusnya. Dalam penulisan juga begitu, bagi mereka yang baru ingin terjun dalam bidang penulisan, mulakan bakat dengan menyalin (copy) artikel orang lain, tetapi dalam masa yang sama mengkaji cara penulisannya. Seterusnya, kita create sesuatu yang kita rasa padan dengan diri kita, apa yang kita mahu, apa yang kita rasa... Contohnya bagi golongan muda mudi sekarang, ramai yang suka membincangkan tentang cinta, kehidupan, pergaulan dan lain-lain. Bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Dalam hal ini tidaklah saya memihak kepada mana-mana golongan pun kerana bakat penulisan tidak semua orang ada, dan tidak semua berminat. Blog dicipta bukan untuk menulis dengan hasil karya sendiri, tapi untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan kepada orang ramai.
Tetapi, adalah lebih elok kalau ianya ditulis dengan tangan sendiri kerana luahan dari isi hati penulis akan mudah dirasai oleh hati si pembaca..

Saturday, August 15, 2009

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAh dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah
Penawar hati kekasih ALLAh
Susah dan senang rela bersama….

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar dilaksanakan…

Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah, Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah, taat dengan abuyanya
Yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga….

Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup
Siti Sarah….


Tabahi jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,pengharapannya hanya pada ALLAH
Itukah wanita bernama Siti Hajar…..

Wednesday, August 5, 2009

..::Nisfu Sya'ban::..

Nisfu Sya'ban bakal kita temui tak lama lagi. Hari nisfu sya’ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil peluang terakhir ini untuk menutup buku amalan kita selama setahun dengan baik dan sempurna, dan berazam untuk memperbaiki amalan-amalan kita yang sudah lepas dan memperbanyakkannya untuk di tulis dalam buku amalan baru yang akan kita terima.

Telah diriwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
"Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."

Sebaik-baiknya mintalah ampun dari kedua ibubapa, kerana amalan kita akan terhalang dari di angkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa. Juga di sunatkan kepada kita untuk berpuasa pada hari nisfu sya'ban sebagaimana hadis RasuluLLah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Abi Salmah, dari Aisyah RadhiaLLahu 'anha berkat: Adalah RasuluLLah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Sya'ban".

Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya’baan. Antara yang termasyhur ialah:
  1. Malam Dimustajabkan Doa.
  2. Malam Pembahagian Takdir.
  3. Malam Rahmat.
  4. Malam Berkat.
  5. Malam Pengampunan (Taubat).
  6. Malam Penebusan.
  7. Malam Syafaat.
  8. Malam Penulisan.
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan.
  10. Malam Rezeki.
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat. dan
  12. Malam Penghidupan.

Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan hari nisfu sya'ban tahun ini dengan memperbanyakkan amalan ibadat. Moga amalan kita selama satu tahun ini di terima oleh Allah Taala. Mudah-mudahan dengan tarbiyah Allah Taala pada bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan ini dapat memberikan kesan yang baik pada diri kita selaku hambaNya.

Saturday, August 1, 2009

~Ya Rasulullah~

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu


Album : Senyum
Munsyid : Raihan

Wednesday, July 29, 2009

Antara Kawan Dan Kekasih

Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih... Dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih...
Anda tergolong dari yang mana...
Hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati...
H
adirnya kawan sebagai sahabat sejati... Berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih, yang mana harus kupilih.
-Kawan pengubat kesunyian,

-Kekasih penyembuh kelukaan.

Antara kawan dan kekasih, yang mana harus didahulukan.
-Kawan tempat mengadu,

-Kekasih tempat bermadu.

Antara kawan dan kekasih, keduanya tak bisa kusisih.
-Kawan menghulurkan
bantuan,
-Kekasih menghulurkan sokongan


Antara kawan dan kekasih, keduanya aku harapkan.
-Kawan sekuntum senyuman,

-Kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih, bilakah akan kutemui.
-Kawan sejujur kata,

-Kekasih setulus setia

Andai kawan itu kekasihku, andai kekasih itu kawanku,
Akan kuhadiahkan
sedalam lautan setinggi kayangan kasih sayang tiada sempadan...

Tuesday, July 28, 2009

Tazkirah buat semua

"Kesempurnaan yang hakiki ialah adanya ilmu dan amal. Selain dua hal ini, merupakan kesempurnaan bayangan, sebab pasti akan lenyap setelah yang memilikinya itu meninggal dunia"
-Imam Al Ghazali

Sunday, July 26, 2009

Aku Keseorangan...


Bermula hari ini dan saat ini tinggallah saya sendirian di rumah tanpa bertemankan kawan-kawan seperjuangan yang sudah 3 tahun bersama. Sedih tu memang sedih...tapi, suratan takdir memisahkan kami semua. Tanggungjawab dalam menjadi khalifah di bumi Allah membuatkan saya mengenal erti satu pengorbanan. Perpisahan kami hanya sementara...hanya waktu yang menentukan untuk kami bertemu semula.

Sebenarnya saya bukanlah betul-betul keseorangan, kerana sahabat baru sentiasa datang silih berganti. Cuma sekadar kenangan kami yang sudah 3 tahun bersama menjadikan ianya sedikit kelainan dengan yang lain. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana di berikan sahabat yang mengenal erti satu perjuangan tak kiralah sahabat baru atau lama.

Saya doakan perjalanan para sahabatku sentiasa di naungi rahmat Allah dan selamat sampai ke dentinasi yang di tuju.


*Penulis ketika ini dalam keadaan mood sebelum bertolak ke International Cairo Airport. sedih...

Saturday, July 25, 2009

Masih Adakah Masa Untuk Aku..??

Kiriman dari seorang sahabat

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak-anak dan isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi-sepoi yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak nampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba-tiba sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba-tiba itu. Sebelum sempat bertanya..... siapa dia... tiba-tiba aku merasa dada ku sesak... sukar untuk bernafas....namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan-pelan dari dadaku......terus berjalan......kekerongkongku.... sakittttttttt........sakit......rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,.... Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.....Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh......... khhhh...... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi...Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras....mataku terbelalak..... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang-kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi...berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah.... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak-anak ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba-tiba terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang ku duduki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????....Mengapa anak-anak & isteriku memeluknya sambil menangis...mereka menjerit... histeria ...terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia.............???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia........ dia....... dia mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...???????? Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak-anak ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak..... tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku... Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati. Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak......Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku. Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat........ aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll. Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia. Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Monday, July 20, 2009

Nasihat Pepatah Lama Cina

Seorang wanita tua Cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya. Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh. Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja. Keadaan ini berlaku setiap hari selama 2 tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja. Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya. Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air dari sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. “Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”. Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu? Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu aku telah menyemai benih-benih bunga di laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu. Selama 2 tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja. Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini”.


Setiap kita mempunyai kekurangan tersendiri. Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat. Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.
Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.

-cracked pot-

Saturday, July 18, 2009

Tutup Menutup


dari:Ummu Aisyah, Gelang Patah, 11.04 pm, Ahad.


"Cikgu, tak rimas ker pakai tudung labuh?"

"Cikgu, tak panas ker pakai sarung tangan?"

Soalan-soalan di atas adalah antara pertanyaan yang diajukan kepada saya pertama kali menjejakkan kaki ke kelas saya mengajar. Mungkin bagi mereka pemandangan ini agak janggal, lagipun saya bukannya mengajar subjek Pendidikan Islam, tetapi Matematik. Mungkin pada pandangan mereka sarung tangan dan tudung labuh hanya layak dipakai oleh guru agama.

Pertanyaan mereka tidak saya jawab dengan segera. Lalu saya tanyakan kepada mereka.

"Kenapa pulak kamu bertudung ke sekolah?"

"Sebab itu peraturan sekolah cikgu." Balas mereka pula.

"Ok, sekarang ni kamu bertudung sebab itu peraturan sekolah kan?. Kamu terikat dengan peraturan sekolah. Tapi siapa pula yang ciptakan kita? "

"Allah, Cikgu." Balas mereka serentak.

"Haa, dan salah satu daripada perintah Allah adalah menutup aurat. Betul tak? Jadi itulah sebabnya kenapa saya menutup aurat."

Mereka terdiam, saya mengharapkan agar mereka memahami apa yang saya katakan sebentar tadi.


**************************************************************************************
Aurat wanita

Tidak banyak yang saya ingin ceritakan di sini. Cuma sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan rakan- rakan sekalian tentang kepentingan menutup aurat.

Tambahan pula saya baru selesai membaca buku " Risalah Hijab " karya Syeikh Muhammad Bin Salleh Bin Uthaimin untuk kali kedua. Dan apa yang saya fahami dari bacaan buku tersebut, penulis menegaskan akan kepentingan Hijab kepada wanita muslim. Iaitu wanita muslim wajib menutup seluruh badannya termasuk muka.

Ini berdasarkan pandangan beliau terhadap ayat dari surah an-Nur yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka ; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup (melabuhkan tudung mereka) ke belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara mara mereka, atau anak bagi saudara -saudara mereka yang lelaki, atau atau anak bagi saudara -saudara mereka yang perempuan, atau perempuan- perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkenginan terhadap perempuan, atau kanak-kanak yang masih tidak mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar mereka berjaya."

(An Nuur :31)

Menurut pandangan penulis buku tersebut, Allah telah memerintahkan perempuan muslim agar melindungi kemaluan mereka dan perintah ini ( melindungi kemaluan) tidak terhad kepada menutup kemaluan sahaja tetapi juga muka kerana dengan terdedahnye muka akan membawa kepada jelingan dan merenung kepada kecantikannya untuk mendapatkan keseronokan. Jadi, dengan menutup muka turut akan membawa perlindungan kepada perempuan tersebut secara keseluruhannya.

Dan menurut pengarang tersebut melalui ayat berikut:

"dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.."

merupakan perintah untuk menutup aurat termasuk muka kerana sedangkan menghentakkan kaki (berjalan dalam keadaan menunjukkan kecantikan) pun sudah dilarang, maka apakah yang dapat dikatakan tentang tidak menutup muka? Bukankah godaan melihat muka perempuan yang terdedah adalah lebih merbahaya berbanding mendengar bunyi gelang kaki dari seorang perempuan yang menutup seluruh badan termasuk mukanya?

*******************************************************************************************

Berbeza pula keadaannya ketika saya menghadiri Kelas Utaz Adlan B. Abdul Aziz pada 15 September 2008 yang lalu. Dimana beliau menerangkan bahawa ayat di atas tidak menyatakan akan kewajipan menutup seluruh muka terhadap perempuan muslim, memadai hanya menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Ini berdasarkan hadis Imam Bukhari rahmatullahi alaihi diriwayatkan daripada Jabir radiallahu anhu bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah menunaikan solat hari raya dan selepas itu menasihati orang ramai.Selepas itu baginda bangun dan berucap kepada kaum wanita dengan bersabda:

"Wahai perempuan, berikanlah sedekah kerana kebanyakan bahan bakar api neraka Jahannam adalah kaum wanita."

Kaum wanita (dari himpunan itu) yang pipi-pipi mereka kemerahan kerana angin panas Arab terus berdiri.

Maka terbukti di sini bahawa terdapat sebahagian kaum wanita yang tidak menutup muka kerana jika muka mereka tertutup, tiada seorang pun tahu bahawa pipi-pipi mereka kemerahan disebabkan panas matahari.

Alasan yang kedua ialah Imam Bukhari rahmatullahu alaihi meriwayatkan daripada Ibn Abbas radhiallahu anhu bahawa saudara Ibn Abbas radhiallahu anhu, Fadl radhiallahu anhu telah menunggang kuda di belakang Nabi S.A.W di atas binatang tunggangan yang sama di dalam Haji Wida'. Semasa berjalan, seorang perempuan dari kabilah Khath'am muncul n Fadl radhiallahu anhu melihat kepadanya dan ia mula melihat kepadanya.Nabi S.A.W pun mula memusingkan kepala Fadl ke arah lain. Hadis ini menunjukkan bahawa wajah wanita itu terbuka.


Dengan mengambilkira 2 hadis di atas,terdapat pandangan bahawa aurat wanita adalah meliputi seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Tetapi ini tidaklah bermaksud bahawa perempuan muslim dilarang untuk memakai niqab( menutup seluruh mukanya).Kerana andainya niqab diharamkan tentulah ia dinyatakan di dalam Al- quran dan hadis.

Dalam hal ini, kita harus lebih berhati-hati dalam mengkaji hadis agar kita dapat mengetahui berapa banyak hadis yang menghalang pembukaan wajah dibandingkan dengan yang membenarkan pembukaan muka.Dan saya yang masih lagi dalam proses mencari ini memohon kepada Allah agar terus diberi kesempatan dan peluang untuk menambahkan ilmu agar dapat dikongsi bersama.

Setakat ini coretan pertama saya. Mohon kemaafan andainya tulisan saya ini banyak kekurangannya.
Wassalam.

Sunday, July 12, 2009

~Pemergianmu~

...Aku mulakan kalamku dengan namaMU ya Allah...

Wahai sahabatku..,
Sudah sekian lama aku bersama denganmu di Mesir. Kini saat perpisahan antara kita semakin hampir. Kau pergi dalam keadaan gembira kerana aku tahu siapa yang ingin kau jumpa di Malaysia nanti. Isterimu dan anakmu yang telah kau tinggalkan selama ini, semata-mata untuk kau meneruskan perjuanganmu di bumi anbiyak dalam menuntut ilmu Allah Taala. Aku harap pemergianmu ke sana nanti berbaloi dengan pengorbanan yang telah kau lakukan selama ini. Aku doakan kau sentiasa berbahagia selalu.

Wahai sahabatku..,
Ketika aku melihat kau bersiap-siap menyimpan bekalan untuk kau pulang nanti, hatiku telah rasa sebak.., pilu untuk aku berpisah denganmu. Hanya disini sahaja kita mampu bertemu. Bila kau pulang, sudah tentu masing-masing dengan haluan sendiri. Sudah tentu kita sudah tidak mampu untuk bersembang bersama, berjalan sama-sama, fight fifa sama-sama... sedih. Tapi, apakan daya... tanggungjawab itu lebih penting dari segala-galanya.

Wahai sahabatku..,
Walaupun kita akan berpisah di sini, jangan kau anggap kita akan berpisah untuk selama-lamanya. Janganlah kau mengucap selamat tinggal, ucaplah semoga kita berjumpa lagi. Bumi Allah Taala ini kecil sangat jika dibandingkan dengan alam semesta di luar sana. InsyaAllah, jika panjang umur kita akan bertemu juga di Malaysia nanti.

Wahai sahabatku..,
Curahkanlah segala ilmu yang telah kau perolehi selama mana kau berada disini kepada masyarakat. Berikanlah tarbiyah yang telah kau dapat disini untuk kau bentuk mereka menjadi masyarakat Islam yang harmoni. Berikanlah didikan bermula dengan keluargamu, orang-orang kampung, masyarakat sekeliling... moga kau dapat mengembalikan keagungan daulah islamiyah yang telah terkubur sekian lama. Aku akan selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusanmu.

Wahai sahabatku..,
Hanya satu sahaja permintaan terakhir dariku... amalkanlah amar makruf nahi munkar dalam dirimu. Jangan kau cuba abaikan pesananku ini. Kerana kau sendiri tahu bahawa, masyarakat sekarang sudah tidak seperti dahulu. Pergaulan antara lelaki dan wanita sudah semakin menjadi-jadi. Sosial yang di anjurkan oleh orang barat sudah menjadi sebati dalam masyarakat Malaysia sekarang. Adab-adab melayu Islam sudah di tinggalkan, adab-adab yahudi laknatuLLah pula yang di amalkan. Perlu tingkatkan ketabahan dalam diri untuk kau hadapai semua dugaan ini. Allah selalu bersama kita. Banyakkan doa dan pengharapanmu kepadaNya, insyaAllah yang susah akan menjadi senang juga.

Kepada sahabat-sahabatku yang akan pulang Malaysia, aku doakan perjalanan kalian selamat. InsyaAllah, aku akan menyusuri kalian selepas aku menguruskan sedikit urusan disini. Moga kita semua berjumpa di MALAYSIA...

Tuesday, July 7, 2009

..::Semuanya telah di tentukanNya::..

AlhamduliLLah...segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah Taala kerana masih lagi di berikan kesempatan untuk saya mengecapi segala nikmat yang telah diberikan selama ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta sahabat-sahabat baginda yang di muliakan oleh Allah Taala.

Setelah tamat ujian kami di Shoubra,Mesir... saat yang paling mendebarkan kami ialah bila tibanya hari pengumuman keputusan imtihan, hari ahad bersamaan 5 Julai 2009. Hari itu merupakan tarikh keramat bagi mereka yang telah berjaya mencapai keputusan NAJAH... dan bagi yang tidak, masih ada peluang ke-2 untuk membaiki salah silap ketika imtihan awal dulu.
Sahabat saya ada beritahu, "Jangan kita ingat bahawa kalau kita najah di dunia, kita akan najah di akhirat..". Saya sokong sangat-sangat. Kita sering buruk sangka bila kita tidak dapat keputusan yang kita impikan. Walaupun kita tidak najah, jangan kita ingat kita memang gagal... Mungkin Allah Taala sengaja bagi kita tidak najah, untuk kita memantapkan lagi ilmu kita di Mesir ini khususnya atau di mana-mana sahaja...

"Jangan kerana jatuh sekali, terus kita mematikan semangat untuk terus berjuang... Dengan jatuh itulah Allah akan tunjukkan jalan yang akan buat kita terus berjaya.. tapi dengan usaha.." Itulah kata-kata yang diberikan kepada saya bila saya hampir berputus asa. Kata-kata inilah yang telah membuatkan semangat saya memuncak kembali untuk terus berjuang.

Bagi mereka yang najah, alfu mabruk saya ucapkan... dan bagi mereka yang tidak najah... masih ada peluang ke-2 bagimu... Cuma perlu di ingatkan bahawa keputusan imtihan di Mesir ini bukan bergantung pada jawapan di kertas semata-mata. Solat dan semua amal ibadah lain juga perlu sentiasa di jaga... kerana Mesir merupakan Ardhul Kinanah, bumi yang kita tak dapat jangka dengan fikiran logik...

Pernah berlaku kes di mana seorang pelajar ini telah menjawab hampir kesemua soalan dalam subjek itu dengan tepat... Tetapi, keputusannya tetap gagal. Bila di selidik, rupa-rupanya dia jarang solat berjemaah di masjid.. suka solat seorang diri kat bilik. Ini semua di ambil kira bila kita berada di Mesir. Walaupun kita rasa benda ini tak ada kaitan dengan imtihan, tetapi sebenarnya ada. Mesir...macam-macam boleh jadi.

Bagi mereka yang akan menghadapi exam di Malaysia (terutama adik-adik ku yang tersayang) juga perlu sentiasa ingat, bacalah Al-Quran selalu. Jadikanlah Al-Quran itu satu batu loncatan untuk kita berjaya dalam exam. Andai kita tinggal Al-Quran, maka kita telah kekurangan syafaat (pertolongan) yang paling besar dari Allah Taala...

Wednesday, July 1, 2009

"Rejab Kembali Lagi"

Tarikh 1 Rejab 1430 Hijriah bagi tahun Masihi 2009 jatuh pada 24 Jun 2009 (Rabu). Akhirnya bulan Rejab muncul kembali dan kita sebagai Muslim harusnya berasa bersyukur kerana masih diberi nikmat kesihatan, kelapangan dan keselesaan oleh Allah S.W.T untuk melalui bulan yang agung ini. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

  1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

–Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.


Bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.


Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Monday, June 29, 2009

BerSABARlah...

MENGUNGKAP perkataan sabar, tenang, jangan marah, jangan ikut hati, jangan gopoh dan reda kepada orang lain memang mudah. Itulah kata-kata azimat sebagai tanda simpati dan nasihat kepada individu berdepan musibah atau keadaan memerlukan kesabaran untuk menghadapinya.

Namun, ternyata amat payah untuk diri sendiri mengamalkan sikap sabar. Ketika menghadapi musibah atau keadaan yang mengatasi daya ketahanan fizikal dan mental, memang amat sukar untuk bersabar. Sebab itu, individu dalam keadaan sedemikian memerlukan sokongan emosi daripada orang lain.

Sabar bererti menahan diri ketika mengalami penderitaan, musibah, keadaan tidak diingini dan kegagalan. Sifat sabar juga diperlukan agar tidak mengikut kehendak hati atau perasaan mendorong melakukan perbuatan mendatangkan keburukan.

Tanda sabar juga ialah apabila sanggup melakukan perkara sukar demi untuk mendapat kebaikan. Istiqamah dan kesungguhan yang tinggi, serta sanggup menghadapi tempoh panjang dalam melakukan sesuatu tugas juga termasuk dalam erti sabar.

Banyak sekali Firman Allah Taala yang menceritakan tentang sabar. Antaranya:

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Firman Allah bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan membalas orang yang sabar dengan memberikan pahala lebih baik daripada apa dikerjakan oleh mereka.” (Surah an-Nahl, ayat 96).


Disini saya sertakan video yang telah di berikan oleh sahabat saya berkenaan dengan sabar sebagai iktibar untuk kita semua. ^_^

"Sabar itu tali iman yang kuat
Benteng pertahanan dari tipuan syaitan
Sabar punya akibat terpuji
Akibat tergesa-gesa adalah rugi"



BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Saturday, June 27, 2009

..::GALLERY SYAHADAH::..

.......Sambungan dari post yang lepas.... ~SETELAH SEKIAN LAMA~.

Ini adalah antara gambar-gambar suasana setelah tamat paper terkahir kami kat Shoubra.
Result kami kemungkinan akan keluar pada hari khamis ni...2hb Julai 2009 insyaAllah.
Moga kami semua beroleh kejayaan.... Amin~


berminat? cuba klik disini..