Pelbagai persoalan yang timbul sejak kebelakangan ni. Entah kenapa hati ni rasa begitu berat terhadap sesuatu yang di panggil TANGGUNGJAWAB.
Semua orang tahu tanggungjawab itu satu perkara yang wajib kita lakukan. Tidak kira ianya untuk diri sendiri, ataupun orang lain. Tanggunjawab dalam mencari nafkah bagi seorang suami untuk keluarganya adalah wajib. Tanggungjawab seorang anak kepada ibunya untuk berbuat baik, adalah perkara yang wajib. Tanggungjawab itu merupakan satu amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada semua hamba-hambanya, tidak kira tua atau muda.
Allah telah berfirman: "Jika Aku turunkan al-Quran ini keatas bukit itu, nescaya kamu akan lihat bukit itu akan hancur lebur...". Amanah terhadap tanggungjawab yang ada pada kita perlu dilaksanakan. Jangan kerana beratnya tanggungjawab, kita lepaskan begitu sahaja. Allah Taala tidak menilai sesuatu pekerjaan itu berdasarkan natijahnya, akan tetapi Allah menilai sesuatu itu dengan perlaksanaannya.
Andai kita tidak mampu untuk melakukan yang terbaik, lakukanlah dengan sebaik mungkin.
ISTERI... Merupakan seorang yang istimewa di hati suami.. tika suami kepenatan, isterilah yang tolong urutkan. tika suami dalam kesedihan, isterilah yang tolong tenangkan..
Tika anak masih dalam kandungan, isterilah yang menanggup penat lelah membawa anak ke sana ke sini..
Tika saat kelahiran anaknya, isterilah yang menanggung sakit derita.. Ibarat seribu bilah pedang mencucuk ke tubuhnya..
Bila lahirnya seorang permata keluarga, isterilah yang membelainya, melayan kerenah dan ragam, memberi pakaian, dan menjaga makan minumnya. Dalam masa yang sama, isterilah yang menjaga segala keperluan rumah..
ISTERI... Engkaulah satu-satunya CINTA dihatiku... Semangat dan tekadmu dalam mengharungi dunia ini sememangnya sangat berharga dan bernilai disisi Allah..
Akanku tetap disampingmu walau aku tidak mampu berbuat apa-apa.. Akanku curahkan cinta dan kasih sayangku padamu...walaupun cinta dan kasih sayangku itu tidak mampu menandingi semangat juangmu selama ini..
Firman Allah Taala: “Tidak aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Aku”. Firman Allah Taala: “Dan telah berkata Tuhanmu kepada para malaikat, sesuungguhnya aku akan jadikan dibumi ini seorang khalifah”
Sesungguhnya solatku, gerak kerjaku seharian, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah… Tuhan semesta alam.
Alangkah indahnya hidup jika dihiasi dengan keindahan sinar islam. Alangkah indahnya hidup jika perilaku manusia disemai dengan kekuatan iman. Alangkah indahnya hidup jika Al-Quran dan hadis menjadi sumber rujukan dalam segala urusan. Alangkah indahnya hidup jika maksiat dapat dijauhkan dari diri buat selama-lamanya. Alangkah indahnya hidup jika diri dapat melakukan amal ibadah tanpa rasa penat dan jemu. Alangkah indahnya hidup jika setiap ucapan yang baik diterima dan dijadikan tatapan untuk diri yang alpa. Alangkah indahnya hidup andai ucapan itu tidak hanya meniti di bibir, tetapi beramal untuk diri sendiri. Alangkah indahnya hidup jika setiap perkara yang berlaku itu dinilai dengan positif dan berhikmah. Alangkah indahnya hidup jika perkataan maaf itu sering disebut-sebut walau diri tidak pernah melakukan kesalahan. Alangkah indahnya hidup jika setiap masalah yang dihadapi, diatasi dengan cara yang paling berhikmah. Alangkah indahnya hidup jika apa yang aku coretkan ini betul-betul wujud pada zaman sekarang. Alangkah indahnya hidup jika aku berada dalam kehidupan pada zaman RasuluLLah s.a.w.
Iblis dan syaitan diciptakan hanyalah untuk menguji kekuatan iman di dalam diri setiap yang bergelar muslim. Andai iman lemah, syaitan akan menguasai diri. Oleh itu, tingkatkanlah kekuatan iman dengan berzikir kepada Allah. Moga dengan zikir itu dapat dijauhkan dari segala keburukan dan kejahatan.
Dewasa kini, program-program motivasi sering dijalankan disetiap sekolah untuk menyuntik semangat dan pemikiran yang kreatif, positif dalam diri setiap pelajar. Anggota fasilitatornya pula bukan dari calang-calang orang. Satu hari program, dibayar beratus-ratus. Natijahnya masha-Allah… memang baik sekali. Para pelajar menjadi seorang yang rajin, soleh dan taat kepada agama dan ibubapa mereka. Pernahkan kita merenung hadis Nabi yang bermaksud: “Ilmu tanpa amalan, ibarat pokok tanpa buah”. Nabi menceritakan kepada kita betapa ilmu seseorang walaupun orang lain dapat beramal denganya, tetapi diri sendiri masih pada takuk yang bawah ibarat seperti debu-debu yang berterbangan, sia-sia sahaja. Seperti sebatang pokok yang lebat daunnya, redang dahannya, tetapi tidak ada sebiji pun buah. Hanya sesuai dibuat berteduh, tetapi tidak ada manfaat untuk diri sendiri, akhirnya ditebang begitu sahaja.
Ulamak ada menceritakan seseorang yang fasih berkata-kata, lantang dalam bersuara membuatkan orang lain meremang bulu roma, tetapi diri sendiri tidak beramal dengan ucapan dan kata-katanya sendiri. Akhirat kelak, lidahnya akan keluar nanah yang amat busuk sekali, sehingga loya jika dihidu.
“Sesiapa yang banyak berkata-kata, banyaklah kesalahannya. Sesiapan yang banyak kesalahannya, banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, maka NERAKAlah yang lebih baik baginya”
10.45 pg / 15052010 * penulis ketika ini sedang menemani zaujahnya yang sedang sakit.
1) "Usah membelakangkan pendapat isteri dalam membuat sebarang keputusan berhubung rumahtangga atau perkara lain. Minta pendapat isteri supaya ia berasa lebih dihargai."
2) "Suami yang gagal menonjolkan akhlak yang mulia, rasa hormat keluarga terhadapnya akan berkurangan. Kehilangan contoh yang baik dalam keluarga adalah punca anak-anak menjadi liar"
3) "Suami usah terlalu tegas dan kasar terhadap anak-anak (mengongkong) kerana ia menganggu proses perkembangan minda dan emosi. Awasi bahasa percakapan dan hindari ungkapan kesat atau maki hamun"
4) "Suami yang bersikap ganjil atau gila-gila akan mengurangkan rasa hormat serta beri tekanan kepada anak-anak dan isteri. Suami yang matang dan berwibawa akan dicontohi lagi dihormati"
5) "Suami yang tidak tetap pendirian dalam membuat keputusan tidak dapat membimbing ahli keluarganya dengan sebaik mungkin. Was-was dan ragu-ragu adalah punca kegagalan" \
6) "Janganlah suami menggunakan cara menggertak atau mengugut isteri, walaupun untuk tujuan apa sekalipun. Perbuatan tersebut sebenarnya adalah memperbudak- budakan isteri"
7) "Suami yang kerap pulang lewat ke rumah dengan pelbagai alasan akan beri tekanan pada isteri dan anak-anak. Berusaha seawal mungkin berada di rumah kerana seorang suami sering ditunggu kepulangannya"
8) "Suami yang tak bersedia memohon maaf daripada isteri sebenarnya ego dan akan menyakiti hati isterinya. Mengucapkan maaf pada isteri membuatkan suami lebih disayangi dan dihormati.
9) "Usah mengkritik isteri anda secara keterlaluan sama ada penampilannya, masakannya atau apa sahaja, kerana ia akan memadamkan kreaviti serta semangat si isteri"
10) "Usah berbohong terhadap isteri anda, kerana apabila terbongkar, kepercayaan isteri terhadap suami akan tergugat. Bersemuka dengan isteri akan menyerlahkan kejujuran anda"
11) "Isteri tidak gembira sekiranya suami terlalu kedekut dan berkira untuk perbelanjaan keluarga. Sesekali hiburkan hati isteri dengan menunaikan permintaannya asalkan tidak keterlaluan"
12) "Isteri mungkin kecewa jika suami gagal mengingati tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka seperti ulangtahun perkahwinan dan kelahiran. Hargailah isteri dengan ucapan atau pemberian."
13) "Suami yang pendiam, dingin dan pasif dengan isteri sebenarnya gagal mengemudi perkahwinannya dengan baik. Kedinginan suami menyebabkan isteri rasa terpinggir dan tidak dipedulikan"
14) "Suami yang kurang komunikasi dan interaksi dengan isteri dan ahli keluarga menyebabkan anak dan isteri semakin menjauh daripadanya. Banyakkan sentuhan dan renungilah mata-mata mereka sedalam-dalamnya" .
15) "Seorang isteri takkan gembira sekiranya suami selalu perkecilkan dan pandang remeh pada diri atau tindakkannya. Pujian dan dorongan mampu meningkatkan semangat isteri".
16) "Suami usah bermata keranjang dan berkawan dengan perempuan lain seperti orang belum berkahwin kerana sikap yang sedemikian menunjukkan ketidakmatangannya, rendah maruah disamping melukakan hati isteri serta menggugat kepercayaan isteri terhadap si suami."
17) "Suami yang cemburu buta adalah suami yang tidak rasional. Cemburu adalah tanda sayang, namun berpada-padalah kerana ia boleh merosakkan kesabaran dan kepercayaan isteri."
18) "Suami yang cetek ilmu agamanya tidak dapat berfungsi sebagai ketua keluarga dengan cemerlang. Kegagalan beri nilai rohani kepada mereka membenihkan kemungkaran dan kerosakkan"
19) "Suami yang terlalu ego akan membuat isterinya tertekan. Sikap tersebut mengenepikan isteri dan dia merasakan tidak berguna lagi dalam apa jua tindakan dan keputusan"
20) "Suami yang tak jujur dalam hubungan akan meruntuhkan kepercayaan isteri padanya. Perkahwinan adalah perkongsian manakala kejujuran adalah kunci bahagia dalam rumahtangga"
21) "Suami yang gagal menguruskan masanya dengan baik dan berkesan turut gagal dalam meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak. Usah jadikan rumah ibarat tempat persinggahan sahaja"
22) "Usah bandingkan isteri dengan wanita lain kerana setiap manusia mempunyai keistimewaan sendiri. Sudah lumrah kiranya ada kekurangan kerana mereka dijadikan Allah untuk saling melengkapi." 23) "Elakkan mungkir janji dengan isteri dan anak-anak kerana kegagalan menepati janji pasti akan mengecewakan hati mereka. Usahlah berjanji jika tidak bersedia menepatinya" .
24) "Usah biarkan urusan rumahtangga dan pendidikan anak-anak pada isteri sahaja. Walaupun isteri diamanahkan membimbing mereka. Suami perlu bersama beri perhatian sewajarnya".
25) "Suami usah memendam perasaan jika tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara, ia ibarat gunung berapi yang pasti akan meletup bila-bila masa dan boleh memakan diri".
26) "Suami yang abaikan rumahtangga, tak beri perhatian kepada isteri dan akan-anak buatkan mereka rasa tak diperlukan. Bijak memperuntukkan masa dan sesekali bercuti bersama mereka".