berminat? cuba klik disini..

Showing posts with label Diriku. Show all posts
Showing posts with label Diriku. Show all posts

Wednesday, July 29, 2009

Antara Kawan Dan Kekasih

Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih... Dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih...
Anda tergolong dari yang mana...
Hadirnya seorang
kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati...
H
adirnya kawan sebagai sahabat sejati... Berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar ....

Antara kawan dan kekasih, yang mana harus kupilih.
-Kawan pengubat kesunyian,

-Kekasih penyembuh kelukaan.

Antara kawan dan kekasih, yang mana harus didahulukan.
-Kawan tempat mengadu,

-Kekasih tempat bermadu.

Antara kawan dan kekasih, keduanya tak bisa kusisih.
-Kawan menghulurkan
bantuan,
-Kekasih menghulurkan sokongan


Antara kawan dan kekasih, keduanya aku harapkan.
-Kawan sekuntum senyuman,

-Kekasih sepenuh perhatian

Antara kawan dan kekasih, bilakah akan kutemui.
-Kawan sejujur kata,

-Kekasih setulus setia

Andai kawan itu kekasihku, andai kekasih itu kawanku,
Akan kuhadiahkan
sedalam lautan setinggi kayangan kasih sayang tiada sempadan...

Sunday, July 26, 2009

Aku Keseorangan...


Bermula hari ini dan saat ini tinggallah saya sendirian di rumah tanpa bertemankan kawan-kawan seperjuangan yang sudah 3 tahun bersama. Sedih tu memang sedih...tapi, suratan takdir memisahkan kami semua. Tanggungjawab dalam menjadi khalifah di bumi Allah membuatkan saya mengenal erti satu pengorbanan. Perpisahan kami hanya sementara...hanya waktu yang menentukan untuk kami bertemu semula.

Sebenarnya saya bukanlah betul-betul keseorangan, kerana sahabat baru sentiasa datang silih berganti. Cuma sekadar kenangan kami yang sudah 3 tahun bersama menjadikan ianya sedikit kelainan dengan yang lain. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana di berikan sahabat yang mengenal erti satu perjuangan tak kiralah sahabat baru atau lama.

Saya doakan perjalanan para sahabatku sentiasa di naungi rahmat Allah dan selamat sampai ke dentinasi yang di tuju.


*Penulis ketika ini dalam keadaan mood sebelum bertolak ke International Cairo Airport. sedih...

Sunday, July 12, 2009

~Pemergianmu~

...Aku mulakan kalamku dengan namaMU ya Allah...

Wahai sahabatku..,
Sudah sekian lama aku bersama denganmu di Mesir. Kini saat perpisahan antara kita semakin hampir. Kau pergi dalam keadaan gembira kerana aku tahu siapa yang ingin kau jumpa di Malaysia nanti. Isterimu dan anakmu yang telah kau tinggalkan selama ini, semata-mata untuk kau meneruskan perjuanganmu di bumi anbiyak dalam menuntut ilmu Allah Taala. Aku harap pemergianmu ke sana nanti berbaloi dengan pengorbanan yang telah kau lakukan selama ini. Aku doakan kau sentiasa berbahagia selalu.

Wahai sahabatku..,
Ketika aku melihat kau bersiap-siap menyimpan bekalan untuk kau pulang nanti, hatiku telah rasa sebak.., pilu untuk aku berpisah denganmu. Hanya disini sahaja kita mampu bertemu. Bila kau pulang, sudah tentu masing-masing dengan haluan sendiri. Sudah tentu kita sudah tidak mampu untuk bersembang bersama, berjalan sama-sama, fight fifa sama-sama... sedih. Tapi, apakan daya... tanggungjawab itu lebih penting dari segala-galanya.

Wahai sahabatku..,
Walaupun kita akan berpisah di sini, jangan kau anggap kita akan berpisah untuk selama-lamanya. Janganlah kau mengucap selamat tinggal, ucaplah semoga kita berjumpa lagi. Bumi Allah Taala ini kecil sangat jika dibandingkan dengan alam semesta di luar sana. InsyaAllah, jika panjang umur kita akan bertemu juga di Malaysia nanti.

Wahai sahabatku..,
Curahkanlah segala ilmu yang telah kau perolehi selama mana kau berada disini kepada masyarakat. Berikanlah tarbiyah yang telah kau dapat disini untuk kau bentuk mereka menjadi masyarakat Islam yang harmoni. Berikanlah didikan bermula dengan keluargamu, orang-orang kampung, masyarakat sekeliling... moga kau dapat mengembalikan keagungan daulah islamiyah yang telah terkubur sekian lama. Aku akan selalu berdoa agar dipermudahkan segala urusanmu.

Wahai sahabatku..,
Hanya satu sahaja permintaan terakhir dariku... amalkanlah amar makruf nahi munkar dalam dirimu. Jangan kau cuba abaikan pesananku ini. Kerana kau sendiri tahu bahawa, masyarakat sekarang sudah tidak seperti dahulu. Pergaulan antara lelaki dan wanita sudah semakin menjadi-jadi. Sosial yang di anjurkan oleh orang barat sudah menjadi sebati dalam masyarakat Malaysia sekarang. Adab-adab melayu Islam sudah di tinggalkan, adab-adab yahudi laknatuLLah pula yang di amalkan. Perlu tingkatkan ketabahan dalam diri untuk kau hadapai semua dugaan ini. Allah selalu bersama kita. Banyakkan doa dan pengharapanmu kepadaNya, insyaAllah yang susah akan menjadi senang juga.

Kepada sahabat-sahabatku yang akan pulang Malaysia, aku doakan perjalanan kalian selamat. InsyaAllah, aku akan menyusuri kalian selepas aku menguruskan sedikit urusan disini. Moga kita semua berjumpa di MALAYSIA...

Tuesday, July 7, 2009

..::Semuanya telah di tentukanNya::..

AlhamduliLLah...segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah Taala kerana masih lagi di berikan kesempatan untuk saya mengecapi segala nikmat yang telah diberikan selama ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta sahabat-sahabat baginda yang di muliakan oleh Allah Taala.

Setelah tamat ujian kami di Shoubra,Mesir... saat yang paling mendebarkan kami ialah bila tibanya hari pengumuman keputusan imtihan, hari ahad bersamaan 5 Julai 2009. Hari itu merupakan tarikh keramat bagi mereka yang telah berjaya mencapai keputusan NAJAH... dan bagi yang tidak, masih ada peluang ke-2 untuk membaiki salah silap ketika imtihan awal dulu.
Sahabat saya ada beritahu, "Jangan kita ingat bahawa kalau kita najah di dunia, kita akan najah di akhirat..". Saya sokong sangat-sangat. Kita sering buruk sangka bila kita tidak dapat keputusan yang kita impikan. Walaupun kita tidak najah, jangan kita ingat kita memang gagal... Mungkin Allah Taala sengaja bagi kita tidak najah, untuk kita memantapkan lagi ilmu kita di Mesir ini khususnya atau di mana-mana sahaja...

"Jangan kerana jatuh sekali, terus kita mematikan semangat untuk terus berjuang... Dengan jatuh itulah Allah akan tunjukkan jalan yang akan buat kita terus berjaya.. tapi dengan usaha.." Itulah kata-kata yang diberikan kepada saya bila saya hampir berputus asa. Kata-kata inilah yang telah membuatkan semangat saya memuncak kembali untuk terus berjuang.

Bagi mereka yang najah, alfu mabruk saya ucapkan... dan bagi mereka yang tidak najah... masih ada peluang ke-2 bagimu... Cuma perlu di ingatkan bahawa keputusan imtihan di Mesir ini bukan bergantung pada jawapan di kertas semata-mata. Solat dan semua amal ibadah lain juga perlu sentiasa di jaga... kerana Mesir merupakan Ardhul Kinanah, bumi yang kita tak dapat jangka dengan fikiran logik...

Pernah berlaku kes di mana seorang pelajar ini telah menjawab hampir kesemua soalan dalam subjek itu dengan tepat... Tetapi, keputusannya tetap gagal. Bila di selidik, rupa-rupanya dia jarang solat berjemaah di masjid.. suka solat seorang diri kat bilik. Ini semua di ambil kira bila kita berada di Mesir. Walaupun kita rasa benda ini tak ada kaitan dengan imtihan, tetapi sebenarnya ada. Mesir...macam-macam boleh jadi.

Bagi mereka yang akan menghadapi exam di Malaysia (terutama adik-adik ku yang tersayang) juga perlu sentiasa ingat, bacalah Al-Quran selalu. Jadikanlah Al-Quran itu satu batu loncatan untuk kita berjaya dalam exam. Andai kita tinggal Al-Quran, maka kita telah kekurangan syafaat (pertolongan) yang paling besar dari Allah Taala...

Saturday, June 27, 2009

..::GALLERY SYAHADAH::..

.......Sambungan dari post yang lepas.... ~SETELAH SEKIAN LAMA~.

Ini adalah antara gambar-gambar suasana setelah tamat paper terkahir kami kat Shoubra.
Result kami kemungkinan akan keluar pada hari khamis ni...2hb Julai 2009 insyaAllah.
Moga kami semua beroleh kejayaan.... Amin~


Friday, June 19, 2009

~Setelah Sekian Lama.......~

AlhamduliLLah....sekian lama penantian, akhirnya imtihan kami berakhir jua. Keseronokan tu memang tak boleh dah nak ucap dengan kata-kata...betapa gembiranya kami setelah habis jawab paper terakhir tadi. Walaupun ada diantara kami yang tak berapa nak penuh jawapannya, tapi kegembiraan tetap dikongsi bersama. Saya sentiasa berdoa agar segala usaha dan titik peluh kami dalam tempoh ujian ini, dapat memberikan kejayaan yang baik buat kami warga Shoubra.

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil dengan kawan-kawan... Kalau ada tambahan gambar, insyaAllah saya akan masukkan lepas ni... ^_^

Klik pada gambar untuk lebih jelas...



Tuesday, June 2, 2009

..:: Salam Imtihan Buat Sahabat ::..

Assalamualaikum w.b.t,

Salam sejahtera di ucapkan kepada pembaca blog
saya yg tak seberapa ni. Terasa lama sangat jari ni tak menaip punat keyboard ni. Rasa cam ada rindu sikit...hehe... al-maklumlah, imtihan dah semakin menghampiri. Jadi, saya mengharapkan doa dari sahabat-sahabat semua agar diberikan ketenangan dan kelapangan jiwa kepada saya supaya dapat menempuhi ujian yang akan berlangsung esok hari...akhir imtihan saya kat sini.

Sedar tak sedar, sudah 3 tahun saya berada di bumi para nabi ni, bumi yang penuh dengan sejarah tamadun manusia zaman dahulu. Nabi Musa, Firaun, Qarun, Iskandariah, sahabat-sahabat Nabi dan ramai lagi serta ulamak-ulamak yang pernah mengibarkan bendera jihad duhulu. Begitu panjang kalau ingin di singkapkan kisah mereka satu persatu. Namun, kenangan dalam melawati maqam-maqam mereka akan terus saya sematkan dalam hati.

Namun, perjuangan mereka dalam membina sejarah Islam dahulu perlu kita teruskan. Nak harapkan siapa lagi kalau bukan kita?
Kita tolong Islam sekadar kita mampu... Allah Taala tidak melihat natijahnya, tetapi Dia melihat kepada usaha kita.
(ish, kang panjang plak ceramah aku ni...huhu)

Emm...setakat ni sahaja yang mampu saya karang sebelum menempuhi hari kebesaran esok,jap lagi nk study pulak. Ini pun sekadar nak buat senaman jari yang dah lama tak menaip...hehe. takut pasni kaku je bila pegang keyboard ni...

Salam imtihan buat semua warga Shoubra tahun 3... Moga kita semua najah dalam imtihan ni...Caiyok3!!



*jadual imtihan:

3hb Jun : Tarikh Mas-haf
4hb Jun : Al-Quran Bertulis
6hb Jun : Dhobtul Quran
7hb Jun : Al-Qiraat
11hb Jun : Fawasil
14hb Jun : Ulum Quran
18hb Jun : Tarikh Qurra'


Friday, April 3, 2009

Satu kejutan...!!!

Assalamualaikum,

Subuh pagi tadi aku betul-betul terkejut dengan satu berita. Mak, ayah dan abang kepada kawan ku telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Jerantut,Pahang.
Al-Fatihah buat keluarga si mati...
Moga mereka sentiasa berada di dalam rahmat-MU ya Allah..

Kita yang masih lagi dapat menghirup udara dan segala nikmat Allah ini, marilah kita sama-sama muhasabah diri...adakah bekalan kita mencukupi untuk menghadapi Hari Perhitungan di hadapan Allah Taala kelak.

Fikir-fikirkanlah......

Tuesday, March 31, 2009

Final Smakin menghampiri....mumtaz in-the-making

Salam alaik...
Hari ni 31hb Mac 2009. Exam kemungkinan akhir bulan Mei da start...
Persediaan saya masih cam dulu...cincai2 lagi... Tapi,dalam hati ni memang nak dapat result yang gempak la... mumtaz in-the-making.

Tngok orang lain dah mula nak start study... bukan kata saya tak study lagi, tapi masih dalam proses survey2 soalan. Alaa...cam spot2 soalan la jugak..hehe.
Macam mana pun, saya akan buat yang terbaik. Doakan daku kat sini...

Salam Imtihan...~

Permulaan kehidupan baruku

Assalamualaikum,

Salam muhibbah,salam ukhuwah fillah diucapkan kepada semua yang sudi view blog saya.
Inilah 1st blog yang saya baru jer create hari ni...
saje nak citer ape yang perlu saya citer pada sahabat semua...satu kehidupan yang memang semua orang akan lalui dalam hidup masing2.

Saya masih lagi dalam study...kat mane?biarlah rahsia...:D
Tapi, ape yang nk saya ceritakan kat sini ialah tentang kehidupan permulaan alam remaja...
Kakak saya baru jer kawin minggu lepas. Dia la orang 1st dalam family saya yang kawin. Abang sulung dah keje, masih lagi single...
Tp,kadang2 saya terfikir....adakah hubungan antara kami adik bradik masih macam dulu? time balik sekolah jer...smua ada kat rumah. Makan sama2...gelak sama2.
Sekarang ni abang sulung dah keje, akak dah kawin...masing2 bawa diri. Yang tinggal kat umah mak ayah dan adik2 je. Time cuti sem pun tak semua yang ada...kekadang abg sulung tak sempat nk balik, akak busy. Ermmm...

Sebenarnya hala tuju kehidupan kita masih lagi dalam pembinaan. Kita masih lagi dalam proses tarbiyah untuk menjadi seorang yang berfikiran matang. Mungkin kita tak terfikir ape ertinya kehidupan ni. Ape mksud kita hidup sebenarnya..
Semua tu kita akan temui jawapannya...hanya masa yang menentukan..

berminat? cuba klik disini..