berminat? cuba klik disini..

Wednesday, October 12, 2011

..:: Saya Sayang Isteri Saya (^_^) ::..

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..

Disaat kamu mulai tidak mencintainya…
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya..

Disaat kamu mulai bosan dengannya…
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya..

Disaat kamu ingin menduakannya…
Bayangkan jika dia selalu setia..

Saat kamu ingin membohonginya…
Ingatlah disaat dia jujur padamu..
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu..

Jangan sampai disaat dia sudah tiada disisimu,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu..

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari

Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam bisa terlepas juga.

Ingatlah pada pepatah,

“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”


Sumber: http://kembanganggrek2.blogspot.com/

Monday, July 11, 2011

..:: Al-Kisah Hidup Ini ::..

Salam Ukhuwah untuk semua sahabat handai, tidak kira yang jauh mahupun dekat. Saya ada satu cerita hidup untuk diberitahu kepada semua..

**** **** ****

4 Julai 2011 / Isnin

Balik dari sekolah, macam biasa... letak beg kat dinding, mandi2 jap, pastu bukak pc. Baby duk main unta kecil, umi time tu duk koling dgn Mek (mak mertua). Masa duk koling2 tu, umi ternampak ada benda yang berjuntai kat atas langsir. Umi suruh saya tengok dekat sikit pasal tak nampak sangat.
Tup tup tup.... nak tau benda ape yang berjuntai??

!!!..U.L.A.R..!!!

Ada seekor ular yang sederhana besar duk bersila kat atas kain langsir. Rilek je ular tu hulur kepalanya tengok ke bawah. Pastu siap jelir2 lagi. Ape lagi... kalut umi suruh saya ambik baby yang tengah syok main unta. Umi cepat2 call ayoh kat belakang rumah, mintak tolong ambik ular. Saya cuba ambik inisiatif buka tingkap dari luar nak bagi ular tu keluar dengan aman. Mane tau, kot2 ular tu sesat tak ingat mana rumah dia. Masa nak keluar rumah tu, kebetulan ayoh datang...ayoh kata, ular tu namanya GANDOWAK. Entah betul ke tak ejaannya.Ringkas citer, ayoh cepat2 ambik batang penyapu, jolok ular tu bagi dia turun.

Lebih kurang 5 , 6 minit, ular tu pun keluar ikut tingkap..

Selamat rasanya bila ular tu dah keluar. Tapi, rasa selamat tu kejap je... sebab ada dua ekor lagi ular yang masih tak keluar dari rumah. Sekor kat pasu bunga, sekor lagi kat belakang pc. Ada sekor lagi ular yang hampir2 nak masuk rumah masa tu, tapi tak jadi sebab adik ipar ada kat pintu rumah. Dia pun baling kayu kat ular tu. ular tu lari masuk belukar, longkang mana entah..
Masuk bab yang dalam rumah balik. Ular ke-2 yang kat atas pasu bunga tu agak besar la jugak. Besar badan dia lebih kurang 3 batang jari. Juga dari spesis yang sama dan BERBISA. Spesis ular yang suka duk atas pokok, bila ada orang lalu kat bawah, ia akan terkam dan patuk mangsanya di kepala.

Kalau nak dikira, 4 ekor kesemuanya ular yang ada kat rumah saya. Kesemuanya Ayoh yang jadi hero jolok2 ular tu bagi keluar. Saya, umi dan baby hanya mampu tengok jer...hehe. Tambah dengan letih balik dari sekolah, tak sempat nak makan lagi...

Malam tu kami tak berani nak tido situ, terpaksa balik rumah Ma di Kok Lanas. (Kebetulan malam tu hujan kilat, elektrik putus...lagi la takut..huhu) @.@

Itu saja kisah saya, umi & baby bersama ULAR. Walaupun tak menarik, tapi saya ada satu pengajaran buat semua sahabat berkaitan ular.

Ular yang ada dalam rumah, tak semestinya itu 'ular'. Ada kemungkinan ia adalah makhluk ghaib yang menyerupai ular. Seeloknya, kita baca ayat Quran "Salamun 'ala nuhin fil 'alamiin" (perkongsian dari sahabat). Kalau ular tu keluar, itu adalah makhluk dari alam lain. Ada ustaz tu kata, kalau ular tu berkelip2 matanya, itu bukan ular. Jadi jangan dipukul atau bunuh. Tapi kalau sifatnya tak seperti yang saya sebutkan tadi, bolehlah di bunuh jika ia mengancam kita.

WaLLahu 'Alam

Wednesday, June 29, 2011

..:: Peringatan Buat Semua Pejuang::..

"Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik dengannya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu. Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tak terhingga. Andai rebah, bangkitlah. Andai terluka, ingatlah janji-Nya." - As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Monday, June 27, 2011

..:: Aku Dilamun Cinta ::..

Cinta...
Satu ungkapan misteri yang sering disebut-sebut oleh pemuda pemudi zaman sekarang. Cinta dikatakan mampu menjadikan seseorang itu lupa dunia. Sehinggakan lautan api pun sanggup direnangi. Begitu hebat kuasa cinta ini...

Saya juga punya cinta sejati,
Hadir dalam hidup ini,
Kedatangannya membawa satu erti,
Untuk mendidik dan memantangkan diri.


- Nama : Layyina Hanin Bt Muhamad Shafareez
- T/Lahir : 27 Disember 2010
- Hobi : Menggigit benda
Cium Umi & Baba
Tidur dalam pelukan

Tuesday, February 8, 2011

Formula pemakanan genius-genius Islam silam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU

Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS

Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :

i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR

Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :

i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR

Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA

Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN

Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI

Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM

Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM

Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI

Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI

Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM

Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS

Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH

Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU

Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)

Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI

Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR

Juga membantu meningkatkan akal dan memori
..makanan penyebab lupa..
1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh tikus.
9) Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

berminat? cuba klik disini..