berminat? cuba klik disini..

Saturday, August 29, 2009

..::Kawan::..

Semalam kita jadi kawan
Kerana kenangan silam

Hari ini kita masih berkawan
Kerana janji semalam

Esok kita akan terus berkawan
Kerana hari ini kita saling mendoakan

Hari-hari kemudian kita akan terus berkawan
Kerana esok kita ada azam

tapi, andai esok tiada lagi
Kita tetap kawan

Kawan selamanya dalam kenangan


dipetik dari emel sahabat

Tuesday, August 25, 2009

..::Rindu Pada Yang Tersayang::..

Datangnya bulan ramadhan, bazar-bazar menjadi tumpuan. Beraneka jenis kuih-muih dijual di gerai ramadhan. Sehinggakan mata ni buta untuk memilih yang mana satu dapat memenuhi kehendak nafsu perut. Tapi, sesedap mana pun kuih dan makanan di bazar, sedap lagi masakan seorang bergelar IBU.

Sudah lama saya tidak merasa masakan dari air tangan ibu. Masakannya walaupun nampak simple, tapi air tangan itu yang membezakannya dengan mana-mana makanan. Semacam ada perencah lain yang ada kat tangan ibu.

Ibu memasak dengan penuh kasih sayang, mengharapkan seorang anaknya makan dengan kenyang dan dapat hidup dengan sihat.
Ibu sanggup membeli barang-barang masakan walaupun jauh, tapi demi perut anaknya ibu sanggup berjalan.
Ibu tidak mengharapkan anaknya memberi upah, walaupun tangannya sudah banyak kali terkena percikan minyak panas.
Luka itu sembuh dengan cepat bila melihat anaknya makan masakannya dengan berselera.
Ibu tidak mengharapkan sedikit pun pujian dari mulut anaknya, cukuplah bunyi sendawa yang menjadi tanda.

Ibu berbangga kalau masakannya habis di makan oleh anak-anaknya, walaupun ibu sendiri tidak makan.
Perut ibu kenyang jika perut anak-anaknya kenyang.
Walaupun sudah penat memasak, ibu masih lagi gagah membasuh pinggan mangkuk anak-anaknya.
Masih lagi ada kekuatan untuk melayan ragam anak-anaknya.

Begitu tinggi pengorbanan seorang yang bergelar IBU. Dihati ibu hanya mengharapkan anaknya dapat hidup senang lenang tanpa lapar dan dahaga. Tapi, apa balasan kita terhadapnya? Kenangkan kembali zaman kita yang masih kanak-kanak, moga dapat melahirkan sedikit keinsafan. Mohonlah kemaafan dari ibu dan ayah andai masih ada kesempatan.

Saturday, August 22, 2009

..::Harapan Ramadhan::..




Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Album : Maafkan
Munsyid : Raihan

Thursday, August 20, 2009

..::Marhaban Ya Ramadhan::..


Ramdhan yang sama, tapi natijahnya berlainan.
Ramadhan membawa rahmat dan keberkatan kepada seluruh umat manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Diwajibkan keatas kita untuk berpuasa bagi memenuhi tuntutan syariat. Firman Allah Taala: "Telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas umat-umat terdahulu sebelum kamu..". Satu-satunya bulan yang mempunyai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Turunnya Al-Quran pada bulan ramadhan.

Banyak lagi kalau nak disebutkan tentang kelebihan di bulan ramadhan. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun jika datangnya bulan ramadhan, masjid-masjid akan menyebut tentang kelebihan bulan ramadhan. Tetapi apa gunanya jika kita mengharapkan kelebihan-kelebihan itu tapi tidak berusaha untuk mendapatkannya.

Suasana sambutan bulan ramadhan di mesir berlainan sekali dengan Malaysia. Seminggu sebelum menjelang ramadhan, saya sudah dapat merasai aura ramadhan. Kain rentang di gantung di setiap jalan (marhaban ya ramadhan). Di pasangnya lampu klip-klip pada setiap rumah orang-orang islam. Sungguh meriah sekali. Inilah kali kedua saya berpuasa disini, begitu asyik sekali. Tak sabar rasanya nak tunggu solat terawih malam ni bersama imam ala-ala sudais. Bersyukur kepada Allah Taala kerana diberi peluang kedua untuk berpuasa di mesir. Moga ramadhan kali ini dapat membawa seribu kenangan terindah buat diriku...

~MaRhAbAn Ya RaMaDhAn~

Tuesday, August 18, 2009

Stress..!! Tension..!! Tertekan..!!


Assignment yang berlambak? Exam dah dekat? Masalah bertimbun? Bergaduh dengan kawan?
Perkara-perkara sebegini lazimnya akan membuatkan anda rasa tertekan, stress, tension dan yang sama waktu dengannya. Apa yang menjadi persoalan kepada saya, adakah tekanan itu satu benda yang baik atau tidak? positif atau negatif?

Ramai yang mengatakan bahawa tekanan itu adalah satu benda yang negatif, boleh memudaratkan kesihatan. Jika dibiarkan berlarutan, akan membawa padah kepada diri. Bila tertekan, badan akan jadi layu, lemah, dan tidak bersemangat. Keadaan sebegini akan menyebabkan tubuh badan mudah mendapat penyakit seperti pening kepala, sesak nafas, hilang selera makan, susah nak tidur dan mungkin boleh menyebabkan pitam. Kebiasaannya, tekanan ini terjadi kepada golongan pelajar. Mereka rasa tertekan dengan kerja-kerja yang diberikan oleh guru-guru dan pensyarah. Hal ini akan membuatkan pelajar tesebut mula berfikiran negatif dan akan bertindak di luar kawalan jika tidak di atasi dengan betul.

Sebenarnya, tekanan ini terjadi adalah disebabkan oleh jadual kehidupan yang tidak teratur dan cara hidup yang tidak sihat. Pelajar biasanya membuat kerja mengikut mood. Bila ada mood, baru nak buat kerja. Bila kerja sudah bertimbun, mulalah tergesa-gesa untuk menyiapkannya. Ada juga pelajar yang suka buat semua kerja yang diberi tanpa memilih yang mana lebih aula (penting) dahulu. Otak manusia tidak mampu berfikir semua perkara dalam satu-satu masa. Fokus kepada yang satu akan membuahkan hasil yang lebih baik dan menarik.

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahuLLah ada menyebut: "Tidaklah seseorang itu berakal apabila dia mengetahui akan kebaikan daripada keburukan, tetapi orang yang berakal itu adalah yang tahu akan semua kebaikan dan keburukan...".

**Kenali masalah yang menyebabkan anda mendapat tekanan. Bila sudah tahu dan kenal akan punca tekanan, cuba selesaikannya satu-satu mengikut kepentingan.
**Jangan sesekali membuat semua kerja dalam satu masa.
**Jadikan hidup anda sentiasa dalam keadaan berjadual supaya kesihatan tubuh badan anda terjaga. Akal yang sihat hasil daripada tubuh badan yang sihat.
**Anda perlu sedar bahawa, anda bukan hidup keseorangan. Ramai yang sentiasa mengambil berat tentang diri anda.
**Jika perlu, kongsilah masalah anda dengan kawan-kawan yang anda percaya. Imam Ghazali pernah berkata, kasih sayang itu mampu melembutkan hati dan perasaan.

Apa yang penting, sentiasalah dalam keadaan berwudhuk, kerana wudhuk itu mampu menenangkan jiwa yang kacau. Lazimi membaca Al-Quran dan solat sunat kerana pada kedua-duanya itu ada penawar tekanan perasaan yang tidak dijual pada mana-mana farmasi berhampiran.

Juga dinasihatkan kepada mereka yang selalu menghadapi tekanan perasaan, janganlah anda menganggap tekanan itu sesuatu yang membebankan. Tanpa tekanan, anda tidak mungkin berjaya menghadapi tekanan yang sama pada masa akan datang jika anda tidak mampu menyelesaikannya pada masa sekarang. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.. hanya masa yang menentukan..

Wallahu a'lam...

Monday, August 17, 2009

..::Igauan Ngeri::..

Igauan ngeri sering kita kaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang tidak dapat kita lupakan seperti kena langgar, jatuh dari pokok dan macam-macam lagi. Semua itu kita tidak dapat lupakan dalam masa yang singkat, lebih-lebih lagi jika parut hasil dari peristiwa tersebut masih wujud di depan mata.

Bagi golongan wanita, banyak perkara yang boleh manjadikan mereka menganggap peristiwa itu sebagai igauan dan peristiwa hitam dalam hidup mereka. Antara peristiwa yang sering kita dengar adalah putus cinta, ditipu lelaki dan lain-lain lagi. Perkara-perkara ini akan menjadikan mereka fobia untuk berhadapan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.

Apa yang ingin saya highlightkan di sini adalah, tatacara kehidupan seorang wanita itu akan menjadikan mereka sentiasa berhadapan dengan situasi yang akan mereka anggap sebagai peristiwa hitam jika mereka tidak menguruskannya dengan sempurna. Saya bukanlah pakar dalam hal-hal wanita, bukanlah ingin mengata kepada mana-mana pihak, tetapi apa yang saya nampak dan dengar dari mulut-mulut dan pengalaman dari sahabat saya menjadikan saya berfikir tentang ini.

Kebanyakan wanita menganggap diri mereka ada keberanian seperti seorang lelaki. Keluar rumah seorang diri, waktu malam pula. Mereka tidak sedar bahawa serigala jadian sering berkeliaran pada waktu malam. Malam itu gelap, bila gelap banyak perkara yang kita buat orang lain tak nampak. Peratus risiko untuk menghadapi situasi ngeri itu akan meningkat pada waktu malam berbanding pada waktu siang. Jangan bila sudah patah baru hendak melantai (sudah susah, baru nak beringat).

Dinasihatkan kepada golongan wanita, selalulah berteman dimana sahaja anda pergi. Janganlah menganggap diri anda seperti lelaki. Keberanian wanita itu ibarat seperti tikus, menggigit apa sahaja makanan dan benda yang ada di depan mata. Tetapi perlulah berhati-hati kerana dalam diam sang kucing itu bila-bila masa akan menyerang anda dalam keadaan anda tidak sedar.

Wallahu a'lam...

Aku terlepas...

Tanggal 15 ogos 2009, bermulalah satu episod baru dalam kehidupan abang sulungku. Dia telah selamat di ikat (tunang) dengan bakal jodohnya orang Wakaf Bharu, Manja (bukan nama sebenar) yang bakal saya panggil Kak Su. Walaupun sudah terlewat 2 hari untuk menulis tentang ni, tetapi ucapan tahniah kepadanya telah saya beritahu pada hari berkenan.

Apa yang menyedihkan, saya tidak dapat turut serta dalam majlis pertunangan tersebut kerana keupayaan diri ini untuk pulang ke Malaysia masih tidak dapat di atasi. Tugas-tugas yang tertangguh disini masih banyak tak di selesaikan. Lagipun ia hanyalah majlis pertunangan... kalau majlis kahwin, insyaAllah akan saya usahakan untuk balik juga..hehe.

Apa pun, saya ucapkan sejuta tahniah kepada Abang dan Kak Su yang telah selamat bertunang. Moga jodoh kalian berpanjangan hingga ke jinjang pelamin. Amin ya Robbal 'Alamin.. ^_^


*gambr suasana majlis tidak ada kerana kamera kami sudah rosak....huhu

Sunday, August 16, 2009

Anda BerSALAH Atau Tidak??

Ilmu merupakan satu keperluan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa ilmu, kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Ilmu dapat kita perolehi dimana sahaja tak kira tempat, masa dan juga keadaan. Orang gila pun boleh menjadi tok guru kepada kita jika apa yang dia katakan itu sesuatu yang berilmu dan bermanfaat. Dalam proses mencari ilmu, kita tidak boleh memilih siapa pun yang mengajar kita. Andai dia kanak-kanak sekalipun, kalau dia berilmu, maka kita kena ambil juga manfaat darinya.

Selaras dengan kemajuan teknologi zaman sekarang, proses penyebaran ilmu itu menjadi semakin mudah dan senang. Contoh yang ingin saya katakan disini adalah BLOG. Pemblogger hanya perlu menyiarkan post kedalam blognya, dan orang lain akan membaca dan mengambil manfaat darinya. Kemudahan-kemudahan seperti ini perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Tapi, apa yang saya hairankan di sini, mengapa ramai yang selalu mempertikai tentang gejala copy paste artikel orang lain untuk di muat turun ke dalam post sendiri? Perkara sebegini tidak perlu kita bahaskan kerana penyebaran ilmu itu perlu sentiasa bergerak walaupun ianya sering berulang. Cuba kita fikir, logikkah semua orang memiliki semua alamat pemblogger? Tidak logikkan?Janganlah kita persalahkan gejala copy paste ini kerana ilmu perlu disebarkan dan tidak mengambil kira siapa penulisnya. Masing-masing punya cara tersendiri. Nabi pernah bersabda: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat...".

Bakat tidak datang dengan sendiri, perlu ada step-stepnya.. Bayi yang baru lahir pun asalnya tak pandai berkata-kata. Dia bermula dengan mendengar dahulu, lalu di praktikkan dengan mula menyebut mak ayah, dan begitulah seterusnya. Dalam penulisan juga begitu, bagi mereka yang baru ingin terjun dalam bidang penulisan, mulakan bakat dengan menyalin (copy) artikel orang lain, tetapi dalam masa yang sama mengkaji cara penulisannya. Seterusnya, kita create sesuatu yang kita rasa padan dengan diri kita, apa yang kita mahu, apa yang kita rasa... Contohnya bagi golongan muda mudi sekarang, ramai yang suka membincangkan tentang cinta, kehidupan, pergaulan dan lain-lain. Bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Dalam hal ini tidaklah saya memihak kepada mana-mana golongan pun kerana bakat penulisan tidak semua orang ada, dan tidak semua berminat. Blog dicipta bukan untuk menulis dengan hasil karya sendiri, tapi untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan kepada orang ramai.
Tetapi, adalah lebih elok kalau ianya ditulis dengan tangan sendiri kerana luahan dari isi hati penulis akan mudah dirasai oleh hati si pembaca..

Saturday, August 15, 2009

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada ALLAh dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan kejalan fisabilillah
Penawar hati kekasih ALLAh
Susah dan senang rela bersama….

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak, pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar dilaksanakan…

Mengalir air mataku melihat pengorbanan puteri solehah, Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah, taat dengan abuyanya
Yang sentiasa berjuang, tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga….

Ketika aku marah, inginku intip serpihan sabar dari catatan hidup
Siti Sarah….


Tabahi jiwaku setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga di terik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,pengharapannya hanya pada ALLAH
Itukah wanita bernama Siti Hajar…..

Wednesday, August 5, 2009

..::Nisfu Sya'ban::..

Nisfu Sya'ban bakal kita temui tak lama lagi. Hari nisfu sya’ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil peluang terakhir ini untuk menutup buku amalan kita selama setahun dengan baik dan sempurna, dan berazam untuk memperbaiki amalan-amalan kita yang sudah lepas dan memperbanyakkannya untuk di tulis dalam buku amalan baru yang akan kita terima.

Telah diriwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
"Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."

Sebaik-baiknya mintalah ampun dari kedua ibubapa, kerana amalan kita akan terhalang dari di angkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa. Juga di sunatkan kepada kita untuk berpuasa pada hari nisfu sya'ban sebagaimana hadis RasuluLLah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Abi Salmah, dari Aisyah RadhiaLLahu 'anha berkat: Adalah RasuluLLah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Sya'ban".

Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya’baan. Antara yang termasyhur ialah:
  1. Malam Dimustajabkan Doa.
  2. Malam Pembahagian Takdir.
  3. Malam Rahmat.
  4. Malam Berkat.
  5. Malam Pengampunan (Taubat).
  6. Malam Penebusan.
  7. Malam Syafaat.
  8. Malam Penulisan.
  9. Malam Keagungan dan Kemuliaan.
  10. Malam Rezeki.
  11. Malam Hari Raya Para Malaikat. dan
  12. Malam Penghidupan.

Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan hari nisfu sya'ban tahun ini dengan memperbanyakkan amalan ibadat. Moga amalan kita selama satu tahun ini di terima oleh Allah Taala. Mudah-mudahan dengan tarbiyah Allah Taala pada bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan ini dapat memberikan kesan yang baik pada diri kita selaku hambaNya.

Saturday, August 1, 2009

~Ya Rasulullah~

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu


Album : Senyum
Munsyid : Raihan

berminat? cuba klik disini..