berminat? cuba klik disini..

Tuesday, July 7, 2009

..::Semuanya telah di tentukanNya::..

AlhamduliLLah...segala puji dan syukur saya panjatkan kepada Allah Taala kerana masih lagi di berikan kesempatan untuk saya mengecapi segala nikmat yang telah diberikan selama ini. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w serta sahabat-sahabat baginda yang di muliakan oleh Allah Taala.

Setelah tamat ujian kami di Shoubra,Mesir... saat yang paling mendebarkan kami ialah bila tibanya hari pengumuman keputusan imtihan, hari ahad bersamaan 5 Julai 2009. Hari itu merupakan tarikh keramat bagi mereka yang telah berjaya mencapai keputusan NAJAH... dan bagi yang tidak, masih ada peluang ke-2 untuk membaiki salah silap ketika imtihan awal dulu.
Sahabat saya ada beritahu, "Jangan kita ingat bahawa kalau kita najah di dunia, kita akan najah di akhirat..". Saya sokong sangat-sangat. Kita sering buruk sangka bila kita tidak dapat keputusan yang kita impikan. Walaupun kita tidak najah, jangan kita ingat kita memang gagal... Mungkin Allah Taala sengaja bagi kita tidak najah, untuk kita memantapkan lagi ilmu kita di Mesir ini khususnya atau di mana-mana sahaja...

"Jangan kerana jatuh sekali, terus kita mematikan semangat untuk terus berjuang... Dengan jatuh itulah Allah akan tunjukkan jalan yang akan buat kita terus berjaya.. tapi dengan usaha.." Itulah kata-kata yang diberikan kepada saya bila saya hampir berputus asa. Kata-kata inilah yang telah membuatkan semangat saya memuncak kembali untuk terus berjuang.

Bagi mereka yang najah, alfu mabruk saya ucapkan... dan bagi mereka yang tidak najah... masih ada peluang ke-2 bagimu... Cuma perlu di ingatkan bahawa keputusan imtihan di Mesir ini bukan bergantung pada jawapan di kertas semata-mata. Solat dan semua amal ibadah lain juga perlu sentiasa di jaga... kerana Mesir merupakan Ardhul Kinanah, bumi yang kita tak dapat jangka dengan fikiran logik...

Pernah berlaku kes di mana seorang pelajar ini telah menjawab hampir kesemua soalan dalam subjek itu dengan tepat... Tetapi, keputusannya tetap gagal. Bila di selidik, rupa-rupanya dia jarang solat berjemaah di masjid.. suka solat seorang diri kat bilik. Ini semua di ambil kira bila kita berada di Mesir. Walaupun kita rasa benda ini tak ada kaitan dengan imtihan, tetapi sebenarnya ada. Mesir...macam-macam boleh jadi.

Bagi mereka yang akan menghadapi exam di Malaysia (terutama adik-adik ku yang tersayang) juga perlu sentiasa ingat, bacalah Al-Quran selalu. Jadikanlah Al-Quran itu satu batu loncatan untuk kita berjaya dalam exam. Andai kita tinggal Al-Quran, maka kita telah kekurangan syafaat (pertolongan) yang paling besar dari Allah Taala...

No comments:

berminat? cuba klik disini..