berminat? cuba klik disini..

Saturday, May 15, 2010

..:: Manisnya bicara ::..

Firman Allah Taala: “Tidak aku ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadat kepada Aku”.
Firman Allah Taala: “Dan telah berkata Tuhanmu kepada para malaikat, sesuungguhnya aku akan jadikan dibumi ini seorang khalifah”

Sesungguhnya solatku, gerak kerjaku seharian, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah… Tuhan semesta alam.

Alangkah indahnya hidup jika dihiasi dengan keindahan sinar islam. Alangkah indahnya hidup jika perilaku manusia disemai dengan kekuatan iman. Alangkah indahnya hidup jika Al-Quran dan hadis menjadi sumber rujukan dalam segala urusan. Alangkah indahnya hidup jika maksiat dapat dijauhkan dari diri buat selama-lamanya. Alangkah indahnya hidup jika diri dapat melakukan amal ibadah tanpa rasa penat dan jemu. Alangkah indahnya hidup jika setiap ucapan yang baik diterima dan dijadikan tatapan untuk diri yang alpa. Alangkah indahnya hidup andai ucapan itu tidak hanya meniti di bibir, tetapi beramal untuk diri sendiri. Alangkah indahnya hidup jika setiap perkara yang berlaku itu dinilai dengan positif dan berhikmah. Alangkah indahnya hidup jika perkataan maaf itu sering disebut-sebut walau diri tidak pernah melakukan kesalahan. Alangkah indahnya hidup jika setiap masalah yang dihadapi, diatasi dengan cara yang paling berhikmah. Alangkah indahnya hidup jika apa yang aku coretkan ini betul-betul wujud pada zaman sekarang.
Alangkah indahnya hidup jika aku berada dalam kehidupan pada zaman RasuluLLah s.a.w.

Iblis dan syaitan diciptakan hanyalah untuk menguji kekuatan iman di dalam diri setiap yang bergelar muslim. Andai iman lemah, syaitan akan menguasai diri. Oleh itu, tingkatkanlah kekuatan iman dengan berzikir kepada Allah. Moga dengan zikir itu dapat dijauhkan dari segala keburukan dan kejahatan.

Dewasa kini, program-program motivasi sering dijalankan disetiap sekolah untuk menyuntik semangat dan pemikiran yang kreatif, positif dalam diri setiap pelajar. Anggota fasilitatornya pula bukan dari calang-calang orang. Satu hari program, dibayar beratus-ratus. Natijahnya masha-Allah… memang baik sekali. Para pelajar menjadi seorang yang rajin, soleh dan taat kepada agama dan ibubapa mereka. Pernahkan kita merenung hadis Nabi yang bermaksud: “Ilmu tanpa amalan, ibarat pokok tanpa buah”. Nabi menceritakan kepada kita betapa ilmu seseorang walaupun orang lain dapat beramal denganya, tetapi diri sendiri masih pada takuk yang bawah ibarat seperti debu-debu yang berterbangan, sia-sia sahaja. Seperti sebatang pokok yang lebat daunnya, redang dahannya, tetapi tidak ada sebiji pun buah. Hanya sesuai dibuat berteduh, tetapi tidak ada manfaat untuk diri sendiri, akhirnya ditebang begitu sahaja.

Ulamak ada menceritakan seseorang yang fasih berkata-kata, lantang dalam bersuara membuatkan orang lain meremang bulu roma, tetapi diri sendiri tidak beramal dengan ucapan dan kata-katanya sendiri. Akhirat kelak, lidahnya akan keluar nanah yang amat busuk sekali, sehingga loya jika dihidu.


“Sesiapa yang banyak berkata-kata, banyaklah kesalahannya. Sesiapan yang banyak kesalahannya, banyaklah dosanya. Sesiapa yang banyak dosanya, maka NERAKAlah yang lebih baik baginya”




10.45 pg / 15052010
* penulis ketika ini sedang menemani zaujahnya yang sedang sakit.

No comments:

berminat? cuba klik disini..