Nisfu Sya'ban bakal kita temui tak lama lagi. Hari nisfu sya’ban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan digantikan dengan buku catatan yang baru. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil peluang terakhir ini untuk menutup buku amalan kita selama setahun dengan baik dan sempurna, dan berazam untuk memperbaiki amalan-amalan kita yang sudah lepas dan memperbanyakkannya untuk di tulis dalam buku amalan baru yang akan kita terima.
Telah diriwayat dari Osman Bin Abi Al-As, sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Pada malam nisfu sya’baan setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman:
"Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya."
Sebaik-baiknya mintalah ampun dari kedua ibubapa, kerana amalan kita akan terhalang dari di angkat ke langit sekiranya kita derhaka atau berdosa dengan ibubapa. Juga di sunatkan kepada kita untuk berpuasa pada hari nisfu sya'ban sebagaimana hadis RasuluLLah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari maksudnya:
"Dari Abi Salmah, dari Aisyah RadhiaLLahu 'anha berkat: Adalah RasuluLLah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Baginda akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat lebih banyak daripada puasa di bulan Sya'ban".
Abul Khair Al Talaqaani r.a. pula mengira 22 nama lain bagi malam nisfu sya’baan. Antara yang termasyhur ialah:

- Malam Dimustajabkan Doa.
- Malam Pembahagian Takdir.
- Malam Rahmat.
- Malam Berkat.
- Malam Pengampunan (Taubat).
- Malam Penebusan.
- Malam Syafaat.
- Malam Penulisan.
- Malam Keagungan dan Kemuliaan.
- Malam Rezeki.
- Malam Hari Raya Para Malaikat. dan
- Malam Penghidupan.
Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan hari nisfu sya'ban tahun ini dengan memperbanyakkan amalan ibadat. Moga amalan kita selama satu tahun ini di terima oleh Allah Taala. Mudah-mudahan dengan tarbiyah Allah Taala pada bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan ini dapat memberikan kesan yang baik pada diri kita selaku hambaNya.
2 comments:
salam ustaz,
nk tanya sikit,
apa pendapat ustaz amalan membaca yaasin pada malam nisfu syaaban sebanyak 3 kali?
ezimrat
Saya sebenarnya bukanlah pakar dalam bab hukum hakam. cuma sekadar perkongsian ilmu yg ada. Setahu saya, tidak ada pengkhususan dlm membuat amalan2 pd mlm nisfu sya'ban. Baca yasin itu sunat, cuma jangan kerana mlm itu sahaja kita nk baca, mlm lain kita tak baca..
Post a Comment