berminat? cuba klik disini..

Sunday, August 16, 2009

Anda BerSALAH Atau Tidak??

Ilmu merupakan satu keperluan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian. Tanpa ilmu, kita tidak dapat melakukan sesuatu perkara dengan sempurna. Ilmu dapat kita perolehi dimana sahaja tak kira tempat, masa dan juga keadaan. Orang gila pun boleh menjadi tok guru kepada kita jika apa yang dia katakan itu sesuatu yang berilmu dan bermanfaat. Dalam proses mencari ilmu, kita tidak boleh memilih siapa pun yang mengajar kita. Andai dia kanak-kanak sekalipun, kalau dia berilmu, maka kita kena ambil juga manfaat darinya.

Selaras dengan kemajuan teknologi zaman sekarang, proses penyebaran ilmu itu menjadi semakin mudah dan senang. Contoh yang ingin saya katakan disini adalah BLOG. Pemblogger hanya perlu menyiarkan post kedalam blognya, dan orang lain akan membaca dan mengambil manfaat darinya. Kemudahan-kemudahan seperti ini perlu kita gunakan sebaik mungkin untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat.

Tapi, apa yang saya hairankan di sini, mengapa ramai yang selalu mempertikai tentang gejala copy paste artikel orang lain untuk di muat turun ke dalam post sendiri? Perkara sebegini tidak perlu kita bahaskan kerana penyebaran ilmu itu perlu sentiasa bergerak walaupun ianya sering berulang. Cuba kita fikir, logikkah semua orang memiliki semua alamat pemblogger? Tidak logikkan?Janganlah kita persalahkan gejala copy paste ini kerana ilmu perlu disebarkan dan tidak mengambil kira siapa penulisnya. Masing-masing punya cara tersendiri. Nabi pernah bersabda: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat...".

Bakat tidak datang dengan sendiri, perlu ada step-stepnya.. Bayi yang baru lahir pun asalnya tak pandai berkata-kata. Dia bermula dengan mendengar dahulu, lalu di praktikkan dengan mula menyebut mak ayah, dan begitulah seterusnya. Dalam penulisan juga begitu, bagi mereka yang baru ingin terjun dalam bidang penulisan, mulakan bakat dengan menyalin (copy) artikel orang lain, tetapi dalam masa yang sama mengkaji cara penulisannya. Seterusnya, kita create sesuatu yang kita rasa padan dengan diri kita, apa yang kita mahu, apa yang kita rasa... Contohnya bagi golongan muda mudi sekarang, ramai yang suka membincangkan tentang cinta, kehidupan, pergaulan dan lain-lain. Bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Dalam hal ini tidaklah saya memihak kepada mana-mana golongan pun kerana bakat penulisan tidak semua orang ada, dan tidak semua berminat. Blog dicipta bukan untuk menulis dengan hasil karya sendiri, tapi untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan kepada orang ramai.
Tetapi, adalah lebih elok kalau ianya ditulis dengan tangan sendiri kerana luahan dari isi hati penulis akan mudah dirasai oleh hati si pembaca..

No comments:

berminat? cuba klik disini..